Monday, March 12, 2012

surat cinta utk calon suami

:)


Apa kabar imanmu hari ini?
Sudahkah harimu ini diawali dengan syukur? kerana dapat kembali menatap fananya hidup ini
Sudahkah air wudhu menyegarkan kembali ingatanmu? atas amanah yang saat ini tengah kau genggam
.
Wahai calon suamiku,
tahukah engkau Allah sangat mencintaiku dengan dahsyatnya?
Di sini aku ditempa untuk menjadi dewasa, agar aku lebih bijak mengharungi sebuah kehidupan dan siap mendampingimu kelak meskipun kadang luluh dan putus asa menyerapi namun kini kurasakan diri ini lebih baik
Kadangkala aku bertanya-tanya kenapa Allah selalu mengujiku tepat di hatiku, bahagian yang terapuh dari diriku. Namun kini kutahu jawapannya….
Allah tahu dimana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa kembali mengingatiNya, kembali mencintaiNya
Ujian demi ujian insyaAllah membuat kan aku menjadi lebih tangguh, sehingga saat kelak kita bertemu, kau bangga memiliki aku di hatimu
..
Calon suamiku….
Entah dimana dirimu sekarang, tetapi aku yakin Allah pun mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku. Aku yakin Dia kini tengah melatihmu menjadi muslim yang sejati di dunia dan akhirat, hingga akupun bangga memilikimu kelak
Apa yang kuharapkan darimu adalah kesolehan. Semoga sama halnya dengan dirimu.
Kerana apabila kecantikan yang kau harapkan dariku, maka hanya sia sia dan kekecewaan yang akan kau dapati
Aku masih haus akan ilmu, namun berbekal ilmu yang ada saat ini aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredhaan Allah dan dirimu, suamiku…
.
Wahai calon suamiku…
Saat aku mash menjadi asuhan ayah dan bondaku, tak lain doaku agar menjadi anak yang solehah agar kelak dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat kelak
Namun nanti setelah menjadi isterimu, aku berharap menjadi pendamping yang solehah agar kelak di syurga cukup aku yang menjadi bidadarimu dan mendampingimu yang soleh
Aku ini kuat cemburu, tapi kalau Allah dan Rasulullah lebih kau cintai, aku rela. Aku harap begitu pula dirimu
Aku yakin kaulah yang kuperlukan walau mungkin bukan yang kuharapkan
.
Calon suamiku yang dirahmati Allah…
Apabila hanya sebuah gubuk menjadi perahu pernikahan kita, takkan ku namai dengan gubuk derita. Kerana itulah markas da’wah kita dan akan menjadi indah ketika kita hiasi dengan cinta kasih
Ketika kelak telah lahir generasi penerus da’wah islam dari pernikahan kita, bantu aku untuk bersama mendidiknya dengan harta yang halal, dengan ilmu yang bermanfaat, terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada Allah ta’ala…
Bunga akan indah pada waktunya, iaitu ketika bermekaran menghiasi taman. Maka kini tengah ku persiapkan diri ini sebaik-baiknya. bersiap menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku…
Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik. Meski bukan umat yang terbaik tapi setidaknya bisa menjadi yang terbaik di sisimu kelak…
.
Calon suamiku….
Inilah sekilas harapan, yang ku ukirkan dalam rangkaian kata. seperti kata orang “tidak semua yang dirasakan dapat diungkapkan dengan kata-kata”. Itulah yang kini kuhadapi…
Kelak saat kita tengah bersama maka di situlah kau akan memahami diriku, sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahamimu
Bersabarlah calon suamiku doaku selalu agar Allah memudahkan jalanmu untuk menjemputku sebagai bidadarimu…
P;s:

MasyaALLAH.. takjubnya anugerah ALLAH sehingga kita xdpt tahu apa y akn berlaku di kemudian hari.. Cuma aku bukanlah demand sgt. Tp selepas je baca 1 blog ni then tertarik dgn post beliau dan sempatlah utk nanna share di sini ,..

Utk calon suamiku.. terimalah daku seadanya..

Bismillahirahmanirahim

Tuesday, March 6, 2012

cara utk handle miserable messy life


Cara Untuk Handle Your Miserably Messy Life.

Assalamualaikum


Hello . Whats up?

Korang pernah tak layan movie yang menceritakan pasal watak utamanya yang menjalani hidup dengan amat simple? Satu kehidupan yang tak complicated yet interesting seperti tak perlu kisah tentang masalah ketika nak menutup mata di tengah malam or buka mata di awal pagi. Or gelabah bila dapat tahu satu berita yeng menakutkan atau sedih bila mendengar berita yang mengecewakan. And kadang-kadang, aku nak jadi orang yang happy macam Aamir Khan dalam 3 Idiots, or orang yang low profile macam Robert Pattinson dalam Remember Me or orang yang always go where life takes you macam Tom Sturridge dalam Waiting For Forever?

And sometimes. Aku nak jadi seperti Michael Oher dalam The Blind Side. Aku jealous dengan dia when dia berjaya jumpa path of his right life hinggakan sampai sekarang pun dia di kenali di seluruh dunia kerana bakat dia. Dan pada masa lain pulak, aku nak jadi macam Liz Murray dalam Homeless To Harvard. Sebuah kisah benar tentang seorang perempuan yang merempat di tepi jalan tapi berjaya masuk ke Harvard University. How? Yeah, with great piece of brain. I cannot hold my self untuk halang perasaan jealous (cemburu; not dengki) bila tengok seseorang tu mudah berjaya di sebabkan dia ada otak yang bijak or berjaya sebab family kaya so dia dapat segala benda termasuk kemudahan belajar critical course di tempat yang critical and then terus masuk kerja di company gempak dengan menggunakan orang dalam. Ehem.

Well here, aku bukan tulis entry untuk tukarkan 100% hidup anda kepada satu kehidupkan gempak seperti yang kononnya di janjikan oleh mana mana pakar motivasi seperti Dr Azizan Osman or jadikan hidup korang kaya seperti dR Rozmey. But, aku at least boleh tolong korang untuk tidak hidup dengn depression. Aku boleh tolong korang untuk feel a lil bit of happiness even sekarang ni korang punya masalah bertimbun dan korang punya cahaya masa depan gelap gelita.

Go get your problem. And don't let it gets you.




Everybody got their own way to handle their problem. Ada orang tu, bila dia dalam problem yang besar, dia akan ask semua orang yang dia kenal untuk minta advise. And for me, I just need to keep my self risau tak tentu pasal. I mean, I need to let my self untuk fikir benda bukan-bukan bila dalam masalah. For example, aku terhilangkan handphone member aku. So, apa yang patut aku buat? Aku akan fikir segala benda negative yang mungkin akan berlaku bila kawan aku tu dapat tahu yang handphonenya hilang. Aku akan terus fikir sampai aku capai tahap panic. And then pufff, handphone tu di jumpai dan masalah selesai. How? Well, i got a 'gift' yang semua benda yang aku fikir dan ramal akan berlaku; ia tidak akan berlaku. Actually, it's more to 'curse' but I twist it a bit and it works all the time.

But, what ever yang berlaku, jangan korang sekali-kali lari dari masalah.

"Face your problem. Because at a point, it will disappear way before you know it."

Setiap masalah ada jalan penyelesaianya. Ada certain masalah tu, kita terlalu ego untuk selesaikan. For example, you got haters sebab buat satu kesilapan. How to fix that? Ignoring them and keep bitching? No, a simple apology means a lot. Orang tuduh kau sombong? Saying "Hi" and keep smiling is a good start. Sometimes, we just too ego for that. And kalau korang lari dari masalah korang, masalah tu tetap akan datang cari korang. Where ever you go, they gonna find you. So, face 'em.

Find someone to tell you a great story.




Read motivational books. Read "If You Want to be Rich and Happy: Don't Go to School" or simply, lepak-lepak la di cafe dan dengar cerita-cerita kawan korang yang berjaya jadi agent insurance, jadi bussines man, penjual susu or gula-gula, or simply pen holder or ternak cacing or apa apa jelah. Asalkan bukan agent MLM yang mencari downline.

Kalau korang tak ada kawan yang berjaya dalam hidup dia, then you can be the first. But how? Read books. Ada banyak gila good books out there. Dan most of good motivational books akan masukkan kisah-kisah benar yang surely akan buatkan bulu tengkok korang naik bila baca.

Dan untuk pengetahuan anda, great stories which is dari kawan-kawan or buku motivasi bukanlah untuk anda follow dia punya path, tapi untuk motivatekan diri anda. Sebab sometimes, it feel so good bila ada orang berkata

"Maybe now, you don't have this and that. But who knows; one day Allah gonna give you something that makes you feel like the luckiest person on earth."

You will never know how this small little phrase would turns a person into a better human being.


Thank you.




Dan ingat kah anda yang aku pernah kata yang aku pernah menerima ucapan "Thanks" dari my blog readers? A simple thank you means a lot. Especially when you got something like


Saying "Thanks" is like... you appreciate them. A waiter bawakan you your meal. A stranger bukakan you a door. A lecturer settlekan your family problem. A friend helped you on assignments. Well, try to say thank you. Benda simple macam ni surely akan relaxkan diri anda.


Help others

If you want happiness for an hour, take a nap.
If you want happiness for a day, go fishing.
If you want happiness for a year, inherit a fortune.
If you want happiness for a lifetime, help someone else.

Aku bet yang korang pernah dengar quote di atas. Ianya adalah salah satu quote yang paling famous di kalangan Chinese Proverb. Tapi apa maksudnya? Well, tidur adalah satu nikmat yang boleh membuatkan kita rehat dan berfikir dengan tenang tentang masalah kita. Fishing is really a good way untuk tenangkan fikiran masa dalam masalah. More to like rendamkan diri anda ke dalam hot bath tub di musim sejuk. Fortune pula maybe can helps you settle down few bills, full in your mouth with good food and have some vacation. Kan?


But helping others dengan ikhlas adalah unbeatable. Belanja kawan makan, tolong strangers yang keretanya rosak, memasak untuk family. Ianya adalah countless. Dan dalam beribu-ribu orang yang ada di sekeliling anda, tolong salah seorang dari padanya pun dah cukup untuk membuatkan anda happy. And kalau anda menolong dengan cukup baik, aku bet sampai bebila pun dia akan kenang jasa korang. And not only that, once kau tolong selesaikan masalah seseorang; korang akan rasa happy tanpa sebab, for a lifetime. Well, siapa tak happy bila tengok orang lain happy atas usaha anda kan?

We are human, we love 3 things; When people compliment, when people appreciate and when people lend hands.

Kebanyakkan masalah berpunca dari duit, duit, duit dan duit. Nak tak nak, kena la kejar duit. If only hardwork could really gives you money.

Monday, March 5, 2012

diam itu lebih baik

Diam itu lebih baik. Itu yang ingin saya kongsikan pada post kali ini. Topik 'cinta' sangat famous dalam kalangan remaja. Jadi, saya mengambil peluang untuk berkongsi serba sedikit tentang cinta dan bagi saya, andai kita mencintai seseorang maka, diamkanlah. Serahkan segala-galanya kepada Allah S.W.T.

Jika dirimu jatuh cinta, maka diamkanlah. Ini kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu. Jika dirinya, bukan untukmu, redhailah kerana Allah S.W.T pasti menyediakan seseorang yang lebih beriman untukmu.

DIAM ITU LEBIH BAIK.

Diamku, bukan kerana membenci kehadirannya tetapi ingin menjaga kesuciannya. Hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui.

Kita diam bukan bermakna kita membenci sesuatu, tetapi mungkin kita ingin menjadikan ia lebih baik. Pernahkah kita terfikir, jika kita hanyut dalam cinta tanpa ikatan yang sah, ia bakal menjadi satu masalah untuk kita kerana kita sentiasa bergelumang dengan dosa.

Apakah yang akan berlaku pada rumahtangga kita? Anak-anak kita?

Adakah kalian masih ingat tentang kisah cinta antara Saidina Ali & Saiditina Fatimah Az-Zahra?

Kedua-dua mereka menyimpan perasaan antara satu sama lain, tetapi mereka lebih memilih untuk mendiamkan hal ini dari pengetahuan orang lain. Dengan izin Allah S.W.T, mereka berdua telah di satukan dengan ikatan yang sah.

"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

"Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, karena sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya."

Ramai yang berkata, jika kita diam, bagaimana si dia hendak tahu tentang perasaan kita?

Ingat, setiap apa yang berlaku di dunia ini, semuanya telah di aturkan oleh Allah S.W.T. Jangan risau jika mereka tidak tahu tentang perasaan kalian, tetapi risaulah andai dirimu tidak berupaya untuk menepis dan mengawal perasaan tersebut terhadap seseorang yang tidak halal bagi dirimu.

Jika benar cinta itu kerana Allah S.W.T, maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah S.W.T kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah S.W.T maka ia pun berhilir hanya kepada Allah S.W.T.

Tetapi, ingatlah..Cinta Allah, adalah cinta yang kekal abadi. Kejarlah cinta Allah S.W.T dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya mencintai Allah S.W.T dengan sepenuh hati. Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.

Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan disebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara.

Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi. Jika betul-betul sudah bersedia maka kahwinlah.

Post ini adalah untuk peringatan bersama terutamanya untuk diri ini. Semoga kita semua sentiasa di lindungi oleh Allah S.W.T. Jangan pernah kecewa jika kita pernah putus cinta tetapi jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup kita. Berusahalah untuk menjadi hamba yang sempurna di pandangan Allah S.W.T bukan di pandangan manusia.

Untuk Hawa..

Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya juga.

Untuk Adam..

Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah di tetapkan di dalam Islam.

Bisik hatiku:

"Jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku."

"Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dengan kesolehahanmu. Janji Allah pastiku pegang dalam misi mencari diri 'Lelaki yang baik untuk wanita yang baik."

Ya Allah...

Seandainya rindu ini suci maka kuatkanlah...

Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah...

Seandainya luka ini berhikmah maka biarlah...

Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah...