Friday, January 25, 2013

Perkongsian malam

Bismillahirahmanirahim. Malam ni nak update entry yang boleh berkongsi untuk semua readers nanna.

In shaa Allah semoga input yang dapat diambil dari entry ini dapat diadaptasi didalam kehidupan kita semua.


Alhamdulillah, sekarang ni kalau kita perasan, anak anak muda dah ramai yang berubah kearah mencari ilmu agama selain menuntut ilmu.

Dan, apa yang pasti, ramai yang dah berubah. dengan berpakaian menutup aurat untuk wanita wanita diluar sana manakala kaum adam pula sudah sibuk berjemaah di masjid.

syukur yaAllah. Ini yang kita inginkan. Negara Malaysia menjadi negara Islam yang disegani oleh negara lain. ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR!

Janganlah suka melemahkan harapan seseorang untuk berubah kearah kebaikan walaupun dengan sedikit sahaja kata-kata yang boleh menjatuhkan semangatnya.. Ingat bukannya senang seseorang itu ingin menguatkan dirinya tanpa sokongan, jalan yang penuh dugaan dan cabaran.. Oleh itu hargailah niat dia dan jangan pandang dia dengan pandangan yang hina.. Saling menghargai itu adalah lebih baik dan mulia..

Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil."

selagi anda mampu bertahan hanya dengan mendiamkan diri, maka diam lah, dengan berdiam diri itu sudah mampu membuktikan anda kuat.

~setiap perkara tak perlu di ucapkan kalo ada telinga yang tidak mampu mendengar kerana mereka ada hati tapi mati.

Allah TIDAK MEMBERI apa yang kita HARAPKAN tapi DIA beri apa yang kita PERLUKAN.. kadangkala kita sedih, kecewa, terluka... tapi jauh di atas segalanya, DIA sedang MENGATURKAN yang TERBAIK dalam kehidupan kita ... jalan yang dipilih Allah itu akan indah pada masanya .. ♥

BERUBAHLAH KERANA ALLAH walaupun pada PERMULAAN kita BERUBAH MENJADI BAIK kerana ORANG LAIN . In Shaa Allah , PENGAKHIRANNYA pasti BAIK :')

*Saya bukanlah mencari publisiti, tetapi cuma berkongsi ilmu yang telah ada bersama readers semua. Apa yang baik itu datangnya dari Allah taala dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri.

Semoga kita dapat mengambil input yang positif untuk menjadikan kita lebih positif. ameen. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas comment anda semua: Lots of love