Maaf ye sbb nana dah lama xsempat nak update blog. ni pun baru je balik dari mendaki gunung. *banyak cerita tau. 3D2N mcam macam berlaku.
at first, bila difikir balik, saya mampu ke nak dakigunung yang kecuramannya 90 darjah but then bila saya dgn anna dah decide yang kami mampu , nothing impossible happen . ye la. kalau di ikut hati, sape xtakut kan? tapi, ingat, Allah s,w,t sebaik baik perancangan. Dia telah permudahkan perjalanan pergi dan balik kami. Alhamdulillah.
My family mmg risau ttg keselamatan saya . maklum lah saya ni kalau bab bab extreme mmg number 1 even perempuan. tp abah dah siap pesan macam macam and saya pun ikut je:) hihi. seronok jadi anak perempuan ni sbb bila turn mcam ni, semua duk risau kat kita.
Gunung Datuk? haa, first time saya dgr ada jugak nama gunung macam ni. dah la saya ni tak pernah daki bukit. last2 berani choose nak daki gunung..
for me, " selagi kita muda, selagi itu kita kena try apa yang kita rasa ia mmg extreme!"
Day 1:
-berkumpul di depan lobby bersama ahli kelab yang lain.supposed to 3am ttp bas buat hal. so,kami bertolak dalam pukul 5pm
-2 kali sesat jalan sbb pakcik bas tak tahu jalan. semua dah rasa cuak tp alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan kami semua
-8.30 pm, kami selamat sampai dibawah .dan bas terpaksa stop dibawah sbb xleh naik. so, fasi suruh kami smua masuk dlm group and bawa beg2 utk berjalan keatas.
-terpaksa berpecah group dgn kawan2 yang lain.
-10 min terpksa berjalan dlam gelap and agak menyeramkan sbb leader ckp if ada terserempak dgn orang pelik, tanya kod .
-akhirnya sampai dicampsite
-10.00pm kami terpksa masak utk dinner and the worst thing, barang memsak tak cukup and kami masak dlm gelap.tangan laq terkena pisau. hihi
-11.00pm dinner ayam masak kicap and telur dadar, perghh! tak sangka teruk jugak berkhemah ni ye. hihi
- malam tu kami semua xmandi pun sbb dah lewat mlm
-briefing untuk hiking esok
-1am masuk ke khemah masing masing. best part, khemah yang saya tido ialah bersama ana,ika and shishi.
DAY2:
sepatutnya semua kena bangun pukul 5.30 pagi untuk masak breakfast and lunch . but then, saya dan ika lambat so, ketua fasi siap dtg panggil. terasa macam VVVIP lak
6:00 am; Masak masak masak, menu untuk breakfast roti-mushroom soup and teh ais
LUNCH DIATAS PUNCAK: nasi goreng
8:00 am: ready untuk warming up. sebelum tu kami semua kena ready barang untuk letak dalam beg pack. only CHOCOLATE, FACE TOWEL AND 2 BOTOL MINERAL
9:00 am: perjalanan menuju puncak tapi ikut group
- Time mendaki, nasib baik tak minum air banyak sgt sbb lagi semput nak naik. Tapi, time naik, mmg susah sikit sbb kecuraman bukit 90 darjah and kena hati hati. ramai group lain injured and nasib baik ada guider untuk tlg yang belakang.
- The worst thing, ada sorang budak junior ni, merangkap ketua group kami, terlampau gelabah kot. ye la. perempuan yang depan saya ni cool je naik and pegang pokok2 utk berpaut tp boleh dia ckp" meh sini nk tlg"
- sengaja ke apa tu? biarkanlah dia tu. nasib baik blkng saya si Sley so boleh tlg tgok2 kalau nyaris jatuh.
dalam hutan pun ada line tau. haa.. *percayalah
- group kami terpecah dgn group dpn sbb dorang mmg laju. so, takut jugak sbb kalau silap jalan,boleh jadi kami sesat.
-around 8 orang yang berada dlm group and group blkng kami xsampai lagi .
-terpaksa gagahkn diri untuk cri jalan and ikut jejak kaki diorang yang depan.
-nasib baik tak jumpa apa apa yang menakutkan.
- check point first, di pondok buruk. group 1 dah smpai ke check point first and turn kami, tetiba Hani xlarat nak naik so kami stop dkt tmpt yang xcuram untuk tlg dia.
p:s/ Kalau nak tahu, hiking ni memerlukan kekuatan fizikal and mental tau. so, kalau sape xready, korang myb akan face benda mcm ni.
alhamdulillah akhirnya kami sampai di check point first.
*with ana, nani and miera:)
sambil tggu untuk next stop, semua muka penat teramat and kami semua terpaksa tggu group yang lain utk smpai ke check point first.
Actually, semangat tolong menolong mmg nampak time hiking sbb bila sorang injured, yang lain tlg papah and push utk diorang naik. ye la.. if dorang turun, rugi and menakutkan jugakla..
2nd stop ni, guider bagitau kecuraman lagi dahsyat before checkpoint 1st. so, hati hati je sbb jalan licin.
-kaki saya dah shaking sbb mayb dah lama rest time dkt check point first. untuk sedapkan hati, saya fikir positif. kalau x, saya tak mmpu nak naik keatas.
-agak curam and bahaya jugak sbb tangan kena pegang seluruh pokok2 yang besar takut tergelincir .
and second time, group dpn kitorang dah laju kedepan and tggal kami group 2nd dibelakang. berpecah lagi sbb group bawah yang lain ada yang ramai injured.
mencabar kan? haa. jangan ingt kitorang je dlm hutan tu..terserempak jugak dgn orang awam yang nak daki. tp time ktrg nak naik, dah ramai yang nak turun.
guider kpop kitorang ni cakap "sikit lagi! sikit lagi nak sampai"
*MENTAL TORTURE. sbb nyaris percaya jugak la even dah dkt 2 jam xnampak pun kami dah sampai.haha
actually saya ada terdengar ada orang panggil nama saya kat belakang tp tak pandang pun sbb rasanya mcm sesuatu je. so, wat cool je. nasib baik ada 8 orang kat blkng .
we move on. move on and move on. banyak kali jugak stop. maybe kaki terlampau shaking and ramai yang dah lost . sbb injured,.
so, kitorang tetap nak naik jugak and akhirnya sampai jugak dipuncak. ALHAMDULILLAH..
SEE! penat punya pasal, habis lecun baju. hihi. bila dah sampai diatas, lega teramat and tak sangka kami berjaya naik . kami ada record video time dkt atas. in shaa allah tggu ye .
walau penat, tapi bersyukur sbb kami dah buktikan walaupun seorang wanita, kami tetap mampu untuk tawan gunung datuk! hihi.
eh, gambar kat atas ni belum dipuncak lagi. kami kena naik tangga untuk kepuncak. haaa
naik tangga tau. gayat jugak mula mula tapi bila tgok ramai yang naik, teringin sgt . haha
akhirnya.. indahnya scenery diatas puncak.
nampak setiap jalan dan bukit di negeri smbilan:)
setelah lama berada diatas puncak, kami pun turun untuk lunch di bawah dgn nasi goreng yang dimasak awal pagi tadi.
diatas puncak sana, baru dapat berkenalan dgn kawan kawan yang lain. eh?
setelah 3 jam berada diatas sana, kami pun turun kebawah mengikut group2 masing masing.
-kaki shaking. and mybe sbb makan nasi kot. sedap tuuu..
time turun bahaya sikit sbb jalan lagi licin sebelum kami naik sbb ramai yang dah naik keatas.
that time, kaki kena pijak kuat sangat dkt tanah and batu sbb untuk kuatkan badan dari jatuh
tak sampai 10 minit, tetiba ada yang injured sbb sliding . bahaya jugak tau kalau tak careful.
time turun tak yah cerita la. mcm2 dorang jumpa.
group 1st terjumpa ular hitam kuning tp ktrg xnmpk laq.
and time turun terdengar jugak sayup sayup orang memanggil nama.
paling seram lagi, kami terserempak dgn pakcik india berpakaian complete dgn baju kerja and kasutnya naik sesorang keatas. pelik tak? sbb dia sorang je. takut jugak. tp jangan tegur dia..
actually dalam hati saya, saya rasa mcm lain macam je. tp xda la nk tanya kawan yang lain. eh, mulut jangan celupar tau..
at last kami sampai di checkpoint pondok buruk. penat teramat. tggu yang lain turun lama jugak sbb ada yang injured. dlm 1 jam lebih rasanya. then, we proceed utk turun
okay, part ni paling susah sikit sbb batu banyak sangat and tetiba si awang terslide and bahu dia injured, bahaya.
hati hati kami turun and nasib baik nyaris tak tergelincir.
dalam pukul 4 kami smpai ke campsite. and trus serbu ke kedai untuk beli air. dahaga sgt..
pukul 5.30 kami terpaksa siap2 untuk berkumpul di dewan dgn aktiviti yang lain laq..
ouh.. kaki jangan cerita la.. sakit teramat.nak jalan dah macam tempang. hihi. kejang urat
then kami semua berkumpul di dewan. setiap group kena buat sketsa pendek. and, what say u about my group?
at first, semua duk senyap je. and saya pun bagi la idea nak wat cerita apa. manusia ni pelik sikit.
mood dgn group mmber tak yah citer la. best sgt! sangat sangat! haaha
malam tu kami bersketsa. and berbbq. okay,. bbq mmg sedap! hihi. thanks utk guider and fasi yang masak untuk kami! :)
1.00 am: kami tido dgn nyenyak. jangan cerita la. tiap kali malam, mesti terjaga. silap pulak malam tu saya terlupa pakai stoking.sejuk sgt and bila bukak mata, nampak anna terduduk. haa.!
ini seram. tp terus saya capai towel dkt kepala then tutup muka. sambung tido..ZZZZZ
DAY 3: last day at camp site
7.30 am: bangun pagi and masak untuk breakfast.
we supposed to masak maggi and buat roti telur. then group ckp nk wat roti telur je.
*mood swing:)
9:00am: majlis penutup and baca surat cinta dari semua. paling best guider banyak yang dipuji. haha.
untuk guider yang handsome and kacak bergaya: SAM, braces, abg kpop, chot, kak peah, sir zarul, and yang lain2 , thanks so much! haha. first experience and best memories that we got.
12:ooam: bertolak ke kl.
4:00am: finally kami sampai dengan selamatnya..
P;S// saya suggest untuk yang takut dengan cabaran, u guys boleh try hiking gunung datuk sbb time tu kita akan rasa betapa kuatnya kita setelah dah smapai ke puncak. and view from top of mountain mmg cantik.
Sekian dari saya, kisah di Gunung Datuk.
* Yang baik itu datangnya dari Allah taala dan yang buruk itu datang dari saya sendiri. sekadar untuk bercerita kisah di sana. :)
thnx for the share.. going to this place soon..
ReplyDeleteyaaa.. ur welcome. actually, gunung datuk ni kena tahan dgn mental dan fizikal ye sbb curam dia Allah je yang tahu betapa takutnya:) hihi
ReplyDelete