'Menurut pandangan orang, bercinta pasti angau, pasti lalai, pasti alpa, pasti zina hati. Cinta yg ditafsirkan dunia, mungkin benar. Cinta yg sekadar seronok mahu berkahwin, mungkin benar.
Namun, untuk pencinta yg memahami betapa besar tanggungjawab sebuah rumah tangga kepada ummah dan betapa perlu dia membina peribadinya bagi memikul tanggungjawab ini, maka cinta yg melalaikan itu ditelan keseriusan cintanya. Hal ini kerana cintanya bertujuan mahu membawa orang yg dicintainya ke syurga."
(sebelum Aku Bernikah by Hilal Asyraf(Official)
Jika tidak sanggup untuk bergelar suami atau isteri tidak usah berkahwin dulu .
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu atau pun ayah , belajarlah dulu .
Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak² , carilah dulu kesabaran itu ..
Yang penting ..
SABAR itu INDAH :)
Tak semua rindu boleh diluah. Tak semua cemburu perlu diberitahu. Tak semua sayang harus ditunjuk. Ada perkara, lebih baik menjadi rahsia Kita dan Allah. ♥
Ketika Allah menghendaki dua hati untuk bersatu,Dia akan menggerakkan dua hati untuk bertemu..
Seperti peribahasa "Asam Di Gunung Garam Di Laut Bertemu Dalam Satu Belanga"
Walaupun berjauhan,kalau ditaqdirkan untuk berjodoh Insya Allah bertemu juga dalam pelaminan nan bahagia...
Peribahasa ini juga menghibur hati yang belum berjodoh untuk tidak patah semangat.
Teruslah berdo'a,ikhtiar dan bersabar..semoga buah kesabaran adalah manis di penghujungnya,Aamiin.
Hal paling signifikan untuk memperbaiki kualiti hidup kita adalah dengan memperbaiki HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih diatas comment anda semua: Lots of love