Benda biasa bila sebulan sekali je update akan rasa kekok semacam nak menulis. Allah, macam-macam yang Allah bagi, nikmat, ujian, bercantum sekali demi nak memantangkan diri tu. Alam maya tak sama dengan alam realiti. Alam realiti lebih sibuk, lebih memerlukan khidmat diri :’) InsyaAllah, as long as saya ada masa nak menulis, saya akan menulis, sbb mungkin lepas ni entah-entah dua bulan sekali pulak update eh.
***
'Ramai yang takut untuk yakin diri kerana risau dikatakan berlagak. Ramai yang takut untuk menonjol kerana risau akan riya'. Begitulah permainan syaitan, gagal membawa kita direct dgn ajakan keburukan, mereka akan mematikan kemaraan kita dengan alasan-alasan kebaikan.
Jangan takut dengan persepsi dan pandangan orang terhadap kita. Bukan pada kuasa mereka untuk menilai, pada Allah jualah penilaian itu. Dan kerana Allah sahajalah kita berusaha, bukan kerana manusia berkata apa' saya petik kata-kata Hilal Asyraf dalam instagram beliau.
Aku percaya banyak cara dan jalan yang Allah bentangkan untuk meng-awesome-kan kita. So that, kita boleh jadi manusia yang lebih baik dari sebelum-sebelum ni, well tak kan kita nak berada pada tahap itu je, zon selesa, langsung tak nak berganjak, langsung tak ada kesedaran untuk kesiankan diri sendiri yg lapar rohani.
Dalam nak mengajak diri sendiri dan orang lain untuk menjadi baik, macam-macam ujian kena tempuh, fact. Bila buat baik, ada je orang tak suka, bila buat jahat lagi la orang mengata kan? Kalau kita fikir nak puaskan hati manusia semata memang sampai bila-bila kita tak akan mampu, ya, aku cuma pegang satu je, buat je apa yang Allah suka, tinggalkan apa yang Allah tak suka. Senang walaupun susah sebenarnya. :)
Dan aku jugak percaya yang Allah tak akan berhenti memberi khabar gembira kepada kita kalau kita ikhlas untuk memperbaiki diri, dihantar-Nya kita sahabat yang soleh solehah, diletakkan kita dalam biah (suasana) solehah, dilembutkan hati untuk menerima nasihat daripada orang lain. Allah yang bagi ujian, dan Allah jualah yang menunjukkan jalan, guide untuk ke jalan yang benar. Setiap ujian, nikmat semua tu datang untuk mematangkan kita.
Sahabat kerap kali berpesan; ujian dan nikmat saling berkaitan. Ya saling mengingatkan hal yang satu ni. Diorang ni macam bestfriend la, once kita dapat nikmat tup tup ujian datang menyapa, it’s normal. Lalui dengan matang dan tabah.
Ya mungkin akan ada pahit, kita kena menangis, sometimes menderita and so on, so that kita boleh rasa kebahagiaan pada masa akan datang. Kebahagiaan, kegembiraan semua tu sometime kita kena bayar dengan air mata kan :) tak akan dapat free. Kalau hari ni semua manusia nampak kita HEBAT, diorang tak tahu yang sebenarnya kita pernah HEBAT menderita, dan Allah jualah yang Mengetahui dari A sampailah Z, dari hujung rambut hingga hujung kaki, setiap penjuru masalah yang datang, setiap inci isi hati, semua Allah tahu, takde manusia yang tahu sedetail tu, tak ada.
Dan bila hari ni, kita boleh mengadu dan mengadu pada manusia, esok mungkin dia dah boring, seminggu dua boleh la tengok-tengok kita lagi, boleh lah nak nasihat itu ini, tapi lama-lama semua tu kita KENA WAJIB handle sendiri. Untuk ubah diri sendiri adalah DIRI kita sendiri. Dan sesungguhnya hanya diri kita yang faham diri kita sendiri, orang lain tak. Seriously, kalau kita beriman dengan sebenar-benar Iman, benda negative yang terjadi pun kita boleh fikir positive side lagi. Betullah hadis yang satu ni, sangat menjadi motivasi;
“Sungguh menakjubkan keadaan orang mukmin itu. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak akan diperoleh kecuali oleh seorang mukmin. Apabila dia mendapatkan kesenangan, maka dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya.” [HR. Muslim]
Hari ni, kita akan bersyukur dan berterima kasih sebab pengalaman pahit suatu masa dulu tu dah bertukar jadi something yang sangat manis at the end. Alhamdulillah. Jangan lupa sujud syukur, serahkan ketaatan kepada-Nya seluruh jiwa raga. Actually, Allah dah menjawab doa kita lebih dari apa yang kita minta. sungguh banyak. :') Allah dah bagi terlalu banyak. Allah dah bagi kehidupan yang lebih baik dari sebelum ini dengan bermacam-macam cara yang kadang-kadang kita tak nampak, sangat halus. Pilihan Allah itu adalah yang terbaik, seriously! :)
Dalam perjuangan, saya suka meminjam semangat al-Fatih. Usia muda namun mampu menakluk Konstantinopel. Pada usia 20 tahun dia mampu menakluk, maka kita juga hendaklah berazam untuk melakukan sesuatu untuk Islam, even sumbangannya cuma kecik. Saya bukanlah yang terbaik tapi insyaAllah sedang cuba menjadi yang terbaik :)
Bismillah, bermula langkah dan tanggungjawab, bukan setakat di dalam, tapi jugak masyarakat luar. Tajdid niat, moga dipermudahkan urusan. Jaga diri, jaga iman. Allah sayang kamu. ^^ Wallahu’alam.
*sorry sorry sorry kalau terpanjang, dah lama tak menulis sekali menulis haaa banyak pulak membebel -,-‘ ni buat bekalan akan datang la kiranya, tak taw bila nak update lagi taw. :’) sayang korang kerana Allah.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih diatas comment anda semua: Lots of love