Sunday, January 20, 2013

Sometimes Allah takes everything away from us so we can learn the value of stay strong


Sometimes Allah takes everything away from us so we can learn the value of stay strong

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :)

 "... Apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan HATI kita, maka percayalah ALLAH TAALA akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka ..." 

Dalam kehidupan bukan apa yang kita nak bakal kita dapat, kadang-kadang ianya hampir dapat tapi kerana takdir-Nya, sekali lagi kita terlepas. Sekali lagi kita diuji. Seorang mukmin itu tidak bersedih lama. Bila dia mendapat nikmat dan keistimewaan dari Allah dia bersyukur, bila dia mendapat ujian mahupun musibah dia redha dan meniti jalan ujian itu dengan perlahan-lahan :’) Indahnya hidup berTuhan, bila kita hanya ada Allah tempat mengadu. Allah.



Kadang-kadang untuk menjadi tak okay tu okay jugak. Sebab bila kita tak okay ni, kita akan kembali pada Allah. Dan apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita percayalah bahawa Allah akan menggantikan kembali kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka. Kita merancang tapi Allah juga merancang dan perancangan-Nya Maha Hebat. Meskipun kita tidak tahu apa yang tertulis di hadapan dan kita terpaksa merasa perit seketika, insyaAllah, satu hari nanti kita akan kembali merasa kemanisan dan kebahagiaan.


UPDATE: kalau rasa lemah cuba treatment bangun malam :)

“Kita Qiamullail, bukan sebab iman kita kuat. tapi kita Qiamullail untuk kuatkan iman kita” Allahurabbi :')



Ya, meskipun kita terjatuh berulang-ulang kali, kecewa berkali-kali, sedih bertimpa-timpa, ingatlah semua itu diturunkan untuk menjadikan kita semakin kuat dan semakin hebat. Kadang-kadang kita fikir, hampir saje Allah nak bagi kebahagiaan, tiba-tiba ianya direntap kembali. Bersabarlah, kerana kita tidak mengerti perancangan Allah. Kita tidak tahu masa hadapan kita. Kembalilah pada Allah dengan 2S. Solat dan Sabar. Yakin je dengan apa pun takdir yang Allah tulis meskipun itu bukan kehendak kita.


p/s: Sometimes Allah takes everything away from us so we can learn the value of STAY STRONG :')

1 comment:

  1. qada' dan qadar yang ditentukan-Nya itu semuanya baik. tiada istilah buruk, sbb yang buruk hanya dimata bogel kita sedangkan terselit disebalik "keburukan" itu kifarah mungkin, pengajaran mungkin, tundaan untuk sesuatu yang lebih baik mungkin :) wAllahua'lam~

    ReplyDelete

Terima kasih diatas comment anda semua: Lots of love