Hello lonely girls and playerboys sekalian.
Dari pandangan lelaki.
Nama aku Lelaki. Tadi, masa aku berjalan-jalan hendak pergi ke kelas, aku ada terserempak dengan seorang gadis comel. Nama dia Siti Saleha. Sekali pandang je aku rasa macam terpikat. Dia nampak pendiam dan baik serta pemalu. Aku suka gila lah kat awek tu. Tapi kalau dia pemalu dan malu-malu bila di tegur, macam mana aku nak steady tackle dia? Lelaki akan jadi amat kekok ketika si perempuan malu-malu. So how?
Week 2
Hari ni aku dan Siti Saleha tu sama kelas lecture. Dia duduk satu baris sama dengan meja aku. Dan hari ni dia pakai tudung serta baju kaler pink. Aku suka awek yang pakai pink. Pinky is sexy. And then masa tengah usha-usha tu dia terperasan yang aku tengah pandang dia. Then aku terus pandang depan. Malu beb. Tapi clearly ah kantoi aku usha dia tadi. Tapi aku buat derk je. Be cool.
Week 3
Sebagai lelaki, aku kena pandai buat first move. Dengan nervesnya, hari ni aku approach dia. Aku tanya dia pasal study, tapi dia jawab sepatah-sepatah je. Cara dia jawab pula macam nak tak nak. Then aku mintak nombor phone dia. Dia kata dia tak ada handphone. Ah, alasan tipikal. Tapi aku tak akan give up. Lelaki never give up. Dengan itu, aku jumpa lecturer aku. Aku jumpa dia dan mintak dia arrangekan untuk letak aku satu group dengan awek tu. Lecturer aku tu lelaki dan dia tu kepala gila-gila so dia okaykan je. Gila ah sporting.
Week 4
Hari ni, aku dan Siti Saleha sama kelas dan juga sama group untuk kerja berkumpulan. Aku gila ah happy. Tapi dia macam nak jauhkan diri dari aku je. Aku rasa dia dah tau kot yang aku sukakan dia. Dulu, aku ada baca blog seorang mamat kerek bernama Mr K. Dia kata, perempuan sukakan lelaki yang ada leadership. So, dengan beraninya, aku tawarkan diri sebagai leader untuk kumpulan tu. Ahli group lain tak kisah. Dia diam je.
Memandangkan aku ketua kumpulan, benda pertama yang aku cakap adalah "Okay group, nanti sebelum habis kelas, kasi saya nombor phone korang semua ya. Nanti mudah kalau saya nak arrangekan perjumpaan untuk assignment" So, nak tak nak, dia kena kasi aku nombor phone dia. Itu lah cara aku dapatkan nombor phone dia.
Week 5
Sejak minggu lepas, hampir setiap hari aku texting dengan Siti Saleha. Mula-mula kitaorang cakap pasal study. Tapi lama-lama, aku mula ubah topik kepada topik yang lebih personal. Bila dah masuk bab personal, aku mula la masukkan sedikit ayat-ayat jiwang kasi dia cair. Pastu pandai-padai la buat caring sikit. Nanti sure dia jatuh cinta punya lah.
Week 6
Semalam, aku dengar ada seorang senior minat kat Siti Saleha aku tu. Perh, dia cakap kat depan-depan aku pulak tu. Dia tak tau ke aku cop dia dulu. Awal-awal aku dah dips dia okay. Dan disebabkan terlampau rasa insecure, aku pun bagi tahu la classmate perempuan aku yang aku sukakan Siti Saleha tu. Aku try tanya classmate perempuan aku tu macam mana taste Siti Saleha tu. Mana tau kot-kot aku boleh jadi lelaki idaman Siti Saleha. Biasalah, lelaki akan lakukan apa sahaja untuk dapatkan girl yang dia suka.
Week 7
Entah kenapa, sejak semalam, aku perasan yang ramai gila orang gossipkan aku dengan Siti Saleha. Aku syak classmate perempuan aku tu bocorkan rahsia la kot. Tapi kan, aku tak tahu nak marah atau pun tak. Sebabnya, bagus juga bila ada gossip ni. Tak perlulah aku nak susah-susah luahkan perasaan. Cuma... is it okay for her? Tak apa ke kalau dia digossippkan dengan aku? Takut juga aku di sebabkan dia kena gossip, dia bencikan aku. Tapi bila aku pandang dia setiap kali kena gossip, dia macam relax je. Kenapa ya?
Week 8
Hari ni, aku luahkan perasaan aku kat dia secara face to face. Dan dia tersenyum je. Perh, aku rasa heaven gila. Akhirnya dia jadi milik aku beb. Setelah berhempas-pulas, hati dia berjaya aku curik. Malam tu, kitaorang texting sampai ke pagi.
Week 9
Aku tak pasti lah kenapa. Tapi aku dah tak rasa excited dengan hubungan aku dan dia. Kalau dulu, bila pergi ke kelas, mesti bersemangat nak jumpa dia. Tapi sekarang, bila pergi kelas, aku pandang dia dah rasa tak ada apa-apa. Nak text dia pun rasa malas. Nak call apatah lagi.
Week 10
OMG guess what? Tadi masa aku pergi ke cafe untuk beli makanan, aku terlanggar awek junior yang comel. Pergh, cair beb tengok pipi gebu dia.
*************
Dari pandangan perempuan.
Week 2 - week 4
Aku benci seorang mamat ni. Sejak dari minggu lepas lagi dia asyik usha aku. Kawan-kawan aku semua dah perasan. Aku mula-mula dulu buat derk je. Tapi kawan-kawan aku semua dah kecoh kata itu ini. Aku rimas gila. Ada sekali tu, aku tangkap dia tengah usha aku. Bila dah kantoi usha aku, dia cepat-cepat pandang ke lain. Macam ah aku tak nampak.
Dan lebih malang lagi, aku dan dia berada dalam satu kumpulan untuk sebuah assignment. Aku tak tahu la macam mana aku nasib malang sangat boleh group dengan dia. Ni nasib atau kebetulan? Dan yang paling tak boleh blah, dia mintak nombor telephone aku dengan alasan nak buat perjumpaan. Padahal boleh je dia suruh ahli group lain yang bagi tau aku. Tapi aku tak nak argue-argue so aku bagi je la.
Week 5 - week 7
Sejak minggu lepas, dia asyik texting aku. Mula-mula cakap pasal study. Tapi pandai je dia ubah topik dan buat benda-benda kelakar. Dan somehow, aku rasa dia ni sweet juga. Dia pandai jaga hati aku. Dia jugak pandai buat hati aku berbunga-bunga. Dan yang penting, dia caring gila.
Week 8
Aku sebenarnya dah start suka kat dia. Entah macam mana, aku rasa di awang-awangan bila ternampak dia. Nak-nak bila dia luahkan perasaan dia kat aku. Weh syok weh. Dan aku tak mampu kata apa-apa. Aku just mampu senyum je. Hehe.
Week 9
Minggu ni, dia jarang gila contact aku. Kalau dulu setiap hari call and text tau. Sekarang, kadang-kadang bila aku text, dia tak reply pun. Aku call pun kadang-kadang dia tak angkat. Dia tu kadang-kadang baik je layan aku. Dan kadang-kadang, aku rasa dia macam tak nak layan aku langsung. Macam chipsmore. Aku tak tahu lah kenapa. Dulu sebelum aku rapat dengan dia, dia tackle aku macam nak rak. Tapi bila dah dapat, terus dia hilang.
Week 10
Minggu ni, dia langsung tak call or at least, text aku. Aku ada gak try text dia, tapi dia tak pernah reply. Aku call je dia tak pernah angkat. Bila jumpa aku kat kelas, dia bercakap dengan aku nak tak nak je. Di sebabkan terlalu kusut dan serabut.
*************
So, kalau korang baca balik tentang apa yang sedang berlaku dari side lelaki, mesti korang akan nampak macam
"Semuanya nampak macam perfect di permulaan cerita. Semuanya berjalan dengan lancar. Lelaki tu suka, then tackle, then dapat. Tapi bila dah dapat, laju je lelaki tu blah. Kenapa? Di mana silapnya?"
The real thing is, tak ada silap di mana-mana. Because, the fact is boys can get bored with you in just a second. Unless, kalau dia berjaya melepasi comfort zone. Mana tak nya? Hari-hari bergayut. Hari-hari nampak muka. Hari-hari lepak-lepak bersama. Siapa tak bosan? Even kalau orang berkahwin pun boleh rasa bosan dengan pasangan masing-masing nak-nak bila dieorang di dalam comfort zone.
Well, nanna tak tahu cara untuk surpass comfort zone. Tapi antara sebab seseorang gagal dalam comfort zone adalah:
- Bosan
- Tak excited seperti masa mengurat dulu-dulu.
- Terlampau banyak membuat dosa.
- Too much "I love you" maybe. Have you ever heard this?
“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padany.. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu siapa jodoh kita.”
Dan point yang paling sakit sekali adalah "No reasons". Dan bila lelaki tu bosan dan dah hilang perasaan tu, mula lah diaorang keluarkan ayat:
- Sorry la awak. Saya rasa kita tak ada jodoh
- Sorry la you. Saya tak boleh kasi komitmen
- Sorry la baby. Awak, hubungan kita rasanya tak akan berjaya.
- *Or simply leave you with no kata putus.*
Bagi perempuan yang tanya tentang "Apa sebenarnya yang berlaku", Well, ini lah yang apa sedang berlaku kat korang. Bila korang bercinta tu, cepat la kahwin. Lagi pun best tau kawen ni. Boleh main masak-masak. Boleh main macam-macam. Kalau rindu, boleh hug-hug. Kalau tak kahwin mana boleh. Kan? HAHA.
Apa pun, berdoa lah mintak ada jodoh dan mintak jodoh berkekalan. Berusaha then berdoa. Lagi pun, jodoh tu kan takdir yang boleh diubah. Jodoh tu di kira 50-50 antara korang dan Tuhan. Kalau korang berusaha, ada lah. Kalau tak berusaha, mana nak dapat. Tapi kalau korang bernasib baik, tanpa usaha pun boleh dapat jodoh. Dan kalau korang kurang bernasib baik, korang usaha macam mana pun jodoh tu tak sampai-sampai gak. HAHA. So, fight for it and get married fast-fast.