Tuesday, December 20, 2011

LONG DISTANCE RELATIONSHIP:)


Hello gadis dan jejaka sekalian. Apa khabar?

Well, korang tahu tak apa itu Long Distance Relationship? Ya, known as LDR or Perhubungan Jarak Jauh. Tak kurang juga dengan panggilan Percintaan Jarak Jauh (PJJ). Seperti yang anda perasan, Long Distance Relationship or LDR ni nampak amat sweet kat dalam movie dan amat romantik kat dalam video clip lagu. But here is the thing,

"Bolehkah ke-sweet-an itu berkekalan hingga ke alam perkahwinan?"
"What if distance bukan hanya memisahkan jarak tapi juga memisahkan hati?"
"Kalau dah kahwin? Boleh ke kita maintain kasih sayang dengan someone yang tak ada di depan mata kita?"


Untuk pengetahuan korang, zaman sekarang ni most of remaja dah start belajar jauh dari kampung halaman masing-masing. Ada yang duduk US. ada yang duduk UK. Ada yang duduk Jepun. Semuanya dah jauh dari keluarga. Tapi, bukan hanya jauh dari keluarga. Malah, jauh dari skandal / kekasih / tunang / suami / isteri masing-masing. Tahu tak anda berapa banyak orang yang tanya


"Bagaimana nak survive Percintaan Jarak Jauh?"
"Macam mana nak pastikan Hubungan Jarak Jauh ni berjaya?"
"Mungkin kah suami ku akan curang semasa outstation?"
"Apa yang perlu buat kalau nak jalinkan hubungan jarak jauh?"

Here is the thing, aku dulu memang tak pernah buat LDR dan aku tak pernah terfikir nak buat LDR. But, how if one day, korang TERjatuh cinta kat someone dan orang tu berada jauh dari korang. Apa yang korang nak buat? Biarkan saja sebab jarak korang jauh? No. If you really love that person and that person adalah someone yang akan jadi ibu or bapa kepada your kids, then you are going to fight for it. Fight for it.


Good things about Long Distance Relationship


Bagi yang baru nak memulakan hubungan Percintaan Jarak Jauh dengan kekasih / suami anda, anda patut baca this part. This is the part adalah important sebenarnya. Sebab perasaan dan keraguan korang adalah bergantung kepada apa yang anda percaya. Kalau anda percaya yang LDR is bullshit, then, bullshit lah ia.

Tak mudah rasa bosan dengan pasangan.
The less is the more. Tahukah anda kenapa lelaki curang? Adakah sebab ada ramai awek comel berdahi licin dan berpipi gebu? Well yeah mungkin betul. Tapi actually, most of them (termasuk perempuan) akan rasa bosan dan losing the feeling bila they spent time together, too much. Pagi berjumpa. Tengah hari lunch sesama. Malam bergayut. Mana tak bosan? Even suami isteri pun tak macam tu. Biasanya, orang yang dah berkahwin ni banyak spend masa kat family dan perkerjaan instead of love. So, the kuantiti of love tu lambat berkurang sebab ianya jarang digunakan.


Prevent korang untuk buat benda-benda tak senonoh.
Come on girls, what makes you think yang he's gonna be responsible bila perut korang dah membulat dengan baby? Korang kena tahu, bila korang asyik dok bersama, keluar berdua, sure punya lah syaitan dah mark korang. Lagi pun, korang pun tahu kan yang bila korang dok berjumpa sepasang kekasih, berdua of course, syaitan mula lah menampakkan diri. Dia dok sana. Dia dok sini nak suruh korang buat yang bukan-bukan.

Menjimatkan kos  
Korang tahu tak  kos untuk perkahwinan ni mahal gila? Dan korang tahu tak yang adalah amat tak berbaloi untuk korang buat loan bank semata-mata untuk wedding yang dua hari sedangkan selepas itu korang perlu guna banyak duit untuk bayar balik loan bank tu padahal, kornag lagi perlukan duit untuk sara keluarga kan?

Don't spend your money on wedding. Make it on marriage.

Dan tahu tak korang yang kalau korang pasangan kekasih tinggal dekat-dekat, surely korang akan nak pergi dating je setiap hari kan? Korang tahu tak berapa banyak duit yang si lelaki perlu guna untuk satu date? Wayang + Makan + Beli barang + Transport = more than RM 80 untuk sekali keluar. Padahal boleh je kalau duit tu korang buat simpan kan?

Dan korang mungkin tertanya-tanya:

"Habis tu, kalau LDR, lagi guna banyak duit untuk bergayut"

Actually, soalan di atas hanya boleh ditanya masa zaman-zaman Nokia 3310 je. Why? Look at us now. Internet is everywhere. You can Skype, BBM and so on for sure. Untuk contact each other dah bukan satu masalah sekarang ni. Plus, sekarang ni Maxis, Digi dan Celcom ada package yang murah-murah untuk calling-calling. Dengar cerita, Digi ada kasi free call untuk satu hari dengan RM1 je. Cool.


Setiap perjumpaan adalah suatu perkara yang amat bernilai
Korang tahu tak betapa susahnya kalau si lelaki menetap di utara dan si gadis menetap di selatan? Itu okay lagi kalau dalam Malaysia. How if si lelaki menetap di UK dan si gadis menetap di Australia? Nak jumpa gila lah susah. Nak jumpa time Hari Raya Aidilfitri pun belum tentu. So, surely lah korang akan plan satu hari untuk berjumpa kan?

Once korang plan. Korang surely akan plan secantik mungkin. Candle light dinner di rumah family, jalan-jalan bersama keluarga pasangan dan sebagainya.

Lagi satu, LDR ni sebenarnya boleh melatih korang untuk menghayati perasaan rindu. How if selepas kahwin nanti, salah seorang dari anda kena pergi outstation? Kerja baru di off shore misalnya. How korang nak handle kerinduan dan kesunyian tanpa pasangan? Tahukah korang yang best sebenarnya main rerindu-rindu ni. Agak sakit dan best kan? :)



Bad things about Long Distance Relationship


Setiap benda di dunia ni, mesti ada punyalah kelebihan dan kekurangan. Kalau tak banyak, at least sikit pun ada. So does dengan this LDR. Well, untuk pengetahuan korang, LDR punya kelemahan tak adalah banyak. Dan disebbakan tak banyak tu lah bahaya sebab ianya sikit tapi amat berbahaya dan berbisa. So, mari kita tengok apa sebab ramai orang fail dalam LDR.

Kemungkinan untuk curang tu adalah amat tinggi.
Perempuan dan lelaki di berikan fitrah untuk rasa cinta dan mencintai. And what if, fitrah itu tidak dilaksanakan? For example, korang berdua still student dan baru bertunang. You rindu him  but there is nothing you can do. You want to see him but the distance sucks like hell. Tentu rasa geram gila kan? Lebih-lebih lagi perempuan. And what if ketika anda kekurangan kasih sayang itu, ada lelaki lain datang memberikan kasih sayang dan cinta? Sure hati tu akan goyah. For most of the girls, dia mungkin tak akan layan kalau dia dah berpunya. But, kalau lelaki, hah, pantang nampak awek comel depan mata, terus rasa nak ngap, kan? Lebih-lebih lagi bagi lelaki yang tak boleh setia dan yang tak boleh ada pasangan yang berjauhan.

Nasihat aku, dump him.

Rasa insecure.
Asal kau duduk berjauhan je, even tak ada angin pun korang boleh pokok bergoyang tau. Ya, rasa insecure tetiba je datang. Entah dari mana pun tak tau. Ya, ini adalah normal. Even benda tu tak wujud, tapi otak korang yang gila tu akan wujudkannya. Benda tu kecik je sebenarnya. Tapi kita boleh upkan sampai bergaduh gila-gila.

So, camne nak kurangkan rasa insecure? Bina kepercayaan. Macam mana nak bina kepercayaan? Well, senang je which is korang perlu cerita semua benda. For example, masa korang balik dari kelas tadi, ada lecturer tu buat-buat terserempak dengan korang. Then lecturer tu buat ayat-ayat manis dengan korang. Then dia mintak nombor telephone. Tapi korang bagi nombor palsu sebab tak nak bagi nombor korang. Is it funny? Yes, then cerita kat boyfriend korang. Kalau ada lelaki gatal or miang yang mengurat korang, bagi tahu dia. At the first place, dia akan rasa insecure. Tapi bila lama-lama, dia perasan yang tak kiralah lelaki macam mana pun cuba untuk mengurat awek dia, awek dia still setia. See? Ini secara tak langsung akan bina kepercayaan tahu?

Hati terluka.
Hati mana tak terluka melihat awek or bini yang kejauhan bergambar sambil memulutkan itik dengan lelaki lain? Kalau duduk jauh-jauh tak apa lah juga. Tapi cara kau dengan rakan sekerja lelaki kau memang macam dah suami isteri. Tak kisah lah lelaki tu handsome ke, huduh ke, pendek ke, sure si boyfriend or suami jealous. Sebab bagi most of the lelaki, bagi dieorang

"Kalau dah nama lelaki. Asal ayat power, Hamis Jalikha pun aku dapat pikat!"

If you really want have a great relationship, friendship, marriage, then tell everything. Sometimes, you need turn a serious things into a laugh. But don't forget to built up the trust. Kepercayaan dan kesetiaan adalah yang paling penting sebab bila dah lepas kahwin nanti.

**********

Bila satu hubungan percintaan jarak jauh tu putus, orang akan blame LDR. But bila sepasang kekasih yang tak buat LDR, tapi putus di tengah jalan, kita akam blame orang ke tiga. Why?


Anda, anda, anda dan anda semua boleh baca di sini kalau korang nak tengok cerita pasal LDR. Ada yang berjaya dan ada yang tak berjaya. Dan ianya bergantung kepada individu. Bergantung kepada diri masing-masing. Boleh kah anda tahan dengan rindu-rindu? Boleh kah anda tahan dengan perasaan jealous anda kalau nampak laki anda berfacebook dengan rakan sekerja?

Actually, banyak je LDR yang gagal. Tapi macam mana yang bukan buat LDR? Look at around you, dieorang buat LDR juga? Nope. They are seeing each other for almost everyday, having dates on every weekends but still, failed. Who's to blame then? No one. Maybe, selepas dah penat korang mencuba dan ianya tetap berakhir dengan kegagalan, well maybe itu pertanda yang anda tak ada jodoh.

LDR definitely adalah hubungan yang paling susah untuk dijayakan. Ianya tak mustahil. Ianya cuma rumit. Rumit bersama kegagalan yang tinggi. So, prepare yourself. And start praying, human.

***********

For those yang masih single (dan comel + cantik sahaja) serta tak punya kekasih hati, aku kasi korang video ni.





Ini adalah video seorang remaja Malaysia umur 19 tahun yang dilamar oleh seorang jejaka yang dia tak kenal. Well, mungkin jodoh boleh datang bergolek. Tapi hanya untuk orang yang tertentu je. So, tingkatkan lah ketakwaan anda si gadis. Tutupilah aurat anda. Dan percomelkan lah diri anda. 

Surat cinta dan nasihat dari wife masa hadapan untuk tatapan bakal suami..


Surat cinta dan nasihat dari wife masa hadapan untuk tatapan bakal suami..

Sila baca dengan nada dan intonasi relax serta bersahaja yea.*




Wahai my ONLY future husband.  

Sorry sebab I hantarkan surat ni kat you. I tulis surat ni adalah sebagai reply kepada surat youyang kerek terdahulu. I tak berniat sebenarnya nak tulis ni. Tapi, apakan daya, you dan kaum you kerek sangat dengan ego masing-masing. Biasalah, boysss.

You, I tak nak lah tulis intro panjang-panjang. So, apa kata kalau I direct to the point je yea.

First of all, I nak bagi tahu yang I paling paling paling paling paling sakit hati dengan cara kaum you mengurat kaum I. I tak faham. Kenapa bila lelaki nak tackle perempuan je, dia mesti gunakan ayat; 

"Kita macam pernah jumpa lah. Tapi kat mana yea?" 

You, bertahun-tahun I hidup balik-balik ayat tu yang I dapat. You ingat perempuan tak bosan ke, you? Cheesy punya pick up line (Ayat mengurat) baik tak payah, you. I rasa semua lelaki gunakan pick up line tu mungkin sebab lelaki zaman you dah tak ada idea nak mengurat dah. So, I memang faham kalau kenapa lelaki zaman you ramai yang tak couple dan kahwin lambat.

Sayang, I nak tanya you ni. Lelaki ni memang ada supplier nombor telephone ke? I pelik lah bila tiba-tiba ada orang call I kata nak berkenalan. Entah mana kaum you dapat no telephone I pun I tak tahu. Mesti mintak dengan orang lain. Tak ke you rasa mintak nombor telephone orang lain, dari orang lain adalah satu cara yang tak gentleman langsung?

Pula tu, bila call je, kata nak berkenalan. Tak pun cakap nak berkawan. Tapi kan, mana ada lelaki call perempuan semata-mata untuk berkenalan. Ni mesti nak mengurat punya lah. Macam lah I tak tahu.

Lagi satu kan kan you. I tak faham kenapa bila perempuan tu tak layan lelaki yang mengurat dia, lelaki tu akan cakap yang perempuan tu jual mahal dan sombong? But then, bila perempuan layan, sesedap hati je cakap yang perempuan ni murah dah mudah melayan. What the hell, you?




Dear ONLY you. 

Tahukah you bahawasanya kaum lelaki you tu mudah perasan? Bila perempuan tegur and layan lelaki tu dengan baik je, mesti lelaki tu perasan kononnya perempuan tu suka dan nak tackle dia. Padahal perempuan tu just being nice. Can't you boys see that? Can't you?

Hunny, you bagi tau lah kat kawan-kawan lelaki you tu. Kasi tau dieorang, kalau betul-betul suka kat someone tu, mengurat lah habis-habis. InsyaAllah kalau niat iklas boleh je dapat. Dan masa nak mengurat tu, tak perlu lah ayat manis-manis. Ayat-ayat manis akan membuatkan kami (perempuan) berasa geli tau. Dan jangan risau lah kalau muka you all (Lelaki) macam longkang ke apa ke. Kita orang (Perempuan) boleh terima sebab kita orang ni bukan macam you all (Lelaki) yang hanya tengok luaran. Pantang nampak perempuan cantik, terus jadi ulat bulu yang berbulu-bulu. Tak guna.

Tapi kalau dah dapat perempuan selepas mengurat tu, tak payah lah nak touch and go. Masa belum dapat, sayang bagai nak gila. Tapi bila dah dapat, buat dono je. Masa tengah mengurat, rasa bahagia je main tarik tali. Tapi bila dah lama couple, rasa bosan. Semuanya sebab lelaki lah; mudah sangat bosan sengan sorang awek. Actually, you guys patut bersyukur sebab perempuan mudah terima segala kekurangan yang ada kat you all. Tapi you all, sibuk nak macam-macam dari perempuan. Lelaki memang mengada-ngada lah. Tak reti bersyukur langsung.


You, kenapa bila some girl tu dah reject some kaum lelaki, dieorang akan berdendam? Kacau pak we perempuan tu lah, stalk lah, apa lah. What? Everygirl in this world loves you? Diaorang kena terima you sebagai BF? Kalau tak you akan rosakkan seluruh hidup dia? You dan kaum you akan berdendam dengan dia kalau dia reject you? Bleeeh. Patut lah kaum you makin pupus. Agak-agaknya kalau kaum you sama banyak dengan kaum I, mesti huru hara dunia ni. Oh, oh. I cakap pasal kaum you tau. I tak cakap pasal you. I tau you baik. Dan setia.

Dear my ONLY husband.

Hunny, I harap you jaga sikit mata you tu. I tau yang lelaki suka pandang perempuan. I tak kisah pun kalau skali skala you nak cuci mata pandang perempuan cantik sebab lelaki memang dasar macam tu. Tapi jangan salah kan I kalau I pun pandang lelaki. Ah, awal-awal lagi I dah tau mustahil you tak kisah kalau I pandang lelaki. You pandang perempuan boleh. Tapi I pandang lelaki tak boleh. Kenapa yea, you?

Lagi satu. Kenapa it is okay kalau you borak dengan perempuan tapi bila I borak dengan lelaki je, you kata I curang? I borak sebagai kawan. Tapi you tu lelaki. Gatal. Kalau dah borak, mesti dengan perempuan cantik. Lelaki kalau dah dengan perempuan cantik mustahil borak-borak tak ada makna. Huh. 

You, I perasan yang you nak cari isteri(s) baik-baik. Tapi perangai you entah  macam apa-apa. Nak jadi imam konon. Sembahyang solo pun banyak tinggal. Nak imam apanya. Doa. Doa apa you reti baca? Doa masuk tandas? You, kita mungkin akan mandi bersama. Tetapi doa masuk tandas tu tak perlulah you lead kan. I pun reti lah. 

Hubby. Dalam banyak-banyak benda yang I paling tak puas hati adalah bila lelaki bercakap bab kahwin lebih dari satu. Kononnya sayang sangat kat I so you kawin lebih dari satu so I boleh masuk syurga? Oh pehlis larh. Lelaki memang macam tu. Asal tanya kenapa perlu kahwin lebih dari satu, mesti kasi jawapan "Supaya Isteri pertama boleh masuk syurga dan dapat payung emas di syurga. Hey, banyak lagi cara kaum hawa boleh masuk syurga tau. Asalkan bersolat, puasa, jaga maruah dan metaati suami, sure masuk syurga. Tak payah nak kahwin 2-3-4. Nak kasi isteri pertama masuk syurga konon. Padahal nak menggatal. You ingat kaum I tak tahu? Kaum I tahu semua tu you. Kami comel with the brain tau.

Sebelum kahwin, kaum you asyik rosakkan kaum I. Mintak MMS gambar tak pakai tudung lah. Gambar tak pakai baju lah. Selepas tu, mintak yang bukan-bukan. Tapi bila nak kahwin, sibuk nak cari yang perfect, yang baik-baik dan dara. Kenapa you? Nasib baik lah teruna lelaki tak boleh di tengok. Kalau boleh, memang kantoi lah semua lelaki kat dunia ni tak teruna. Kan? Dan you pulak, you teruna tak you? 

Akhir kata dari I, kalau nak mengurat kaum I tu, kasi lah cara kretif sket. Ubah sikit teknik tu. Guna kan inovasi dan kretiviti. Hantar lagu ke. Hantar bunga ke. Tengok lah sikit cerita korea tu. Belajar la dari dieorang. Dieorang tu bukan je hot, hensem, malah romantik. Macam Kim Hee Chul, Kim Hyun Joong dan Lee Min Ho. Btw Hubby you tau, nasib baik kaum perempuan ni tak gila lelaki hensem. Kalau tak, jangan harap ah lelaki Malaysia akan ada awek. Dah lah tak handsome. Tak romantik pula tu. 

Well you. The most fragile part in a girl body is her heart. So, take a good care of it. Its nice to see. Nice to hold. But once broken, considered for ever! Ingat tau nasihat I ni. Nasihat iklas dari your future wife. Jaga diri elok-elok sebelum jumpa I."