Bismillahirahmanirahim. In the name of Allah The Most Gracious and the Most Merciful.
In shaa Allah, malam ni nanna nak update "LIFE"
Sebelum tu, anda semua faham tak apa itu life? erti kata lain, hidup.
Hidup. kadang kadang hanya Indah khabar dari rupa.
dan siapa kita untuk menolak takdir yang telah ditentukanNya sehingga suatu saat nanti kita akan bersyukur kerana telah mengharungi saat saat yang mungkin kita tidak mampu berfikir.
Dan ingatlah,
"Mungkin yang baik itu akan datangkan kemudaratan kepada kita suatu hari nanti"
"Mungkin yang buruk itu akan datangkan kebaikan kepada kita suatu hari nanti"
Kadang kadang kita akan berasa cemburu dengan kehidupan orang lain.
Mereka lebih berjaya berbanding dgn kita.
TAPI.
adakah kita sedar didalam kesenangan mereka, apa yang terselit didalam hidup mereka? adakah mereka tenang dan tidak gelisah?
Ni kisah benar yang pernah saya alami sebelum ini.
Kenapa kita ke rumah orang kaya yang begitu besar dan gah tersergam indah itu tp tiada apa rasa yang tenang ketika berada dalam rumah tersebut.
dan
kenapa kalau rumah kecil tp ya Allah betapa meriah dan indahnya rasanya ketika berada diddalamnya.
*sama sama kita renungkan.
Berbalik kepada topik kita, life?
Dulu, ketika saya masih kanak kanak hingusan, hidup kami sekeluarga kadang kadang susah dan kadang kadang senang. Tapi yang pasti mama dan abah tak pernah manjakan kami semua.
Apa yang kami mintak mereka mesti tunaikan dan certain things yang xperlu, mereka akan nasihat kepada kami adik beradik.
Allahuakbar. nak dijadikan cerita, kami sekeluarga bukanlah dari keluarga yang kaya raya.
Alhamdulillah ketika itu kami sentiasa bersyukur dgn apa yang ada .
dan, mama dan abah sentiasa mencukupi keperluan anak2 mereka.
dan sekarang,
Alhamdulillah rezeki semakin bertambah.
keluarga kami makin bertambah
teringat pesan mama" Biar susah dulu baru kita senang sbb bila dah senang, trus kita lupa utk susah"
Lihatlah, hidup senang dgn keluarga bahagia. Itulah yang diimpikan oleh semua orang.
dan mengapa sekarang kita baru sedar? sedar dengan kesusahan dahulu membuatkan kita lagi matang, lagi berdikari dan lagi dihormati untuk menempuh cabaran dan halangan ketika ini.
tapi, kalau hidup tak pernah dibenci orang itu ,maknanya seorang yang pelik.
Kita ni insan biasa. tak lari dari salah. dan dimanakah kita untuk menyudahi setiap kebenciaan seseorang itu?
kadang kadang kata kata dan tingkah laku yang membuatkan org benci dgn kita.
kadang kadang juga kerana kecantikan, kehandsoman, kebaikan dan keperibadiaan kita
Walau kita baik sekalipun, mungkin ada yang terluka.
yang pasti kita perlu menghadapinya
untuk lebih tenang, sebelum tidur, maafkanlah silap semua orang yang telah kita kenal. In shaa Allah mereka juga akan terbuka hati untuk memaaafkan kita juga.
Tak salah kalau nak jadi baik. sebab, setiap orang sukakan kebaikan . Allah s.w.t juga suka akan kebaikan .
Rebutlah amalan sebelum kita terlambat.
*Yang baik itu datangnya dari Allah s,w,t dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri.
Hanya sekadar berkongsi. semoga dapat memberi input kepada readers blog saya ni:)
Assalamualaikum