Tuesday, January 1, 2013

PART 10 #15 PERKARA YANG


Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda:
"Apabila umatku telah membuat lima belas pekara, maka bala pasti akan turun kepada mereka"
iaitu,
  1. Apabila harta negara hanya beredar kepada orang-orang tertentu.
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
  3. Zakat dijadikan hutang.
  4. Suami yang menuruti kehendak isteri.
  5. Anak derhaka kepada ibunya.
  6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
  7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
  9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah yang terhina di antara mereka.
  10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
  11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
  13. Para artis disanjung (menjadi pujaan).
  14. Muzik banyak dimainkan.
  15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat). Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan di ubah menjadi makhluk yang lain." H.R. Tarmizi.

PART 13 #Doa Khusus Elak Rogol dan Cabul


Sekadar share dari blog seseorang. moga kita dilindungiNya. ALLAHUAKBAR.


Doa Khusus Elak Rogol dan Cabul : Amalkanlah

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.


Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Are you ready for a change?

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

PART 12#SEKADAR RENUNGAN

N for N.A.N.N.A.S.H.A.Z.H.A.N.A


8 Sikap Wanita Yang Disukai Lelaki



Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan,lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.
Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.

*Sekadar renungan buat kita semua, semoga bermanfaat........

PART 11 #3 Jenis Mimpi Dalam Islam





  • Mimpi dari Allah SWT iaitu mimpi yang baik untuk dunia dan akhirat merupakan khabar gembira atau suatu peringatan daripada Allah SWT supaya tidak melakukan maksiat terhadapNya.

  • Mimpi daripada syaitan iaitu mimpi buruk yang tidak menyenangkan seperti kedatangan malapetaka, musibah, permusuhan, kesedihan, kesengsaraan, kemelaratan, penderitaan dan sebagainya.

  • Mimpi yang dipengaruhi oleh keadaan diri seseorang itu sendiri umpamanya bermimpi makan ketika keadaan diri sedang lapar atau ketika dalam keadaan kenyang bermimpi termuntah atau salah satu anggota tubuh sedang sakit dan bermimpi dianiaya orang dan sebagainya. Mimpi seperti ini tidak mempunyai erti sama sekali.
Sabda Rasulullah SAW  
“mimpi itu ada 3, mimpi dari Allah SWT ( mimpi yang baik ), mimpi daripada syaitan (mimpi buruk) dan mimpi daripada dirinya yang kerana terjadi sesuatu kemudian dia bermimpi "

PART 9#amalan dijamin MASUK KE SYURGA


25 Amalan dijamin masuk ke SYURGA ♥


  1. Sesiapa bertemu dengan Allah tanpa syirik dengan sesuatu, masuk syurga..
  2. Sesiapa beriman kepada Allah SWT, RasulNya, menunaikan solat dan berpuasa pada bulan Ramadhan, maka dia berhak memasuki syurga.
  3. Sesiapa membina masjid kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT, Allah membina sebuah mahligai yang sama nilai dengan masjid didalam syurga kelak.
  4. Sesiapa solat Subuh dan Isyak, masuk syurga.
  5. Sesiapa berulang-alik pagi dan petang ke masjid dia kan mendiami syurga.
  6. Sesiapa dapat menjaga mulut dan kemaluannya pasti dapat memasuki syurga.
  7. Sesiapa menunaikan solat sunat 12 rakaat malam dan siang pasti memasuki syurga.
  8. Sesiapa berjalan dengan tujuan menuntut ilmu Allah SWT memudahkan baginya laluan ke Syurga.
  9. Sesiapa menjawab azan dengan sempurna pasti masuk syurga.
  10. Sesiapa berwuduk dengan sempurna dan melaksanakan solat sunat wuduk 2 rakaat, pasti masuk syurga.
  11. Sesiapa meredhai Allah SWT sebagi Tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Nabi Muhammad sebagai nabinya pasti masuk syurga.
  12. Sesiapa mengakhiri hidupnya dengan kalimah لا إله إلا الله pasti masuk Syurga.
  13. Sesiapa membaca doa سبحان الله العظيم وبحمده dia akan memetik tamar di dalam syurga.
  14. Sesiapa mati dan tidak memilki sfat takabbur, melakukan perkara sia-sia dan tidak memilki hutang maka masuk syurga.
  15. Sesiapa berdoa dengan doa اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت ، أعوذ بك من شر ما صنعت ، أبوء لك بنعمتك عليَّ وأبوء لك بذنبي فاغفر لي ، فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت . pada siang hari lalu dia meninggal di malam hari, maka masuk Syurga serta menjadi ahli syurga dan begitulah disebaliknya.
  16. Sesiapa melaungkan azan selama 12 tahun, pasti dia dapat memasuki Syurga.
  17. Sesiapa berdoa memohon syurga sebanyak 3 kali dengan lafaz اللهم أدخله الجنة pasti masuk syurga.
  18. Sesiapa menziarahi pesakit, samada suadaranya, Allah kan menyuruh malaikat mendoakan kebaikan sepanjang perjalanan pergi dan balik dari rumah pesakit yang diziarahinya. pasti dia memasuki Syurga.
  19. Bersedekah membawa kepada kebaikan, setiap kebaikan pasti memperolehi Syurga.
  20. Membenarkan agama Allah dan berjihad Di jalan Allah pasti masuk syurga.
  21. Menyebarkan keamanan, memberi makan kepada orang ramai, menghubung silaturrahim pasti masuk Syurga.
  22. Mereka yang berjaya mendapatkan haji mabrur dan menjaga dari sebarang dosa diantara dua umrah.
  23. Sesiapa menghafaz 99 nama Allah SWT, masuk Syurga.
  24. Membuang kayu yang menghalang laluan orang ramai, atau yang menyakiti orang ramai.
  25. Sesiapa membebaskan dua orang hamba jariah. Aku dan dia bersama dalam syurga

PART 8 # AURAT WANITA


Bila sebut sahaja menutup aurat, ramai orang lebih memfokuskan kepada pemakaian tudung semata-mata. Jika tutup kepala dengan tudung, ia sudah dikira tutup aurat. Namun secara hakikatnya, itu satu persepsi yang silap. Kini, wanita muslimah terpengaruh dengan busana dan fesyen-fesyen barat dalam berpakaian. Dan ada diantara mereka tidak menyempurnakan kewajipan mereka dalam melaksanakan hijabul muslimah yang sebenar, mereka memakai tudung tapi tidak menutup aurat kecuali rambut sahaja, berbaju tapi ketat, pendek dan jarang.


Islam merupakan satu cara hidup yang lengkap, meliputi tatacara hidup dunia dan akhirat, peribadi dan masyarakat, aqidah dan akhlak dan sebagainya.

Islam meletakkan wanita ke satu darjat yang tinggi dalam masyarakat, di mana wanita dianggap suci dan dipelihara serta dilindungi kesuciannya sehingga tiada yang boleh melihat auratnya kecuali keluarga yang rapat sahaja. Tujuan pemeliharaan ini adalah untuk menjaga kemuliaan masyarakat agar lahir di sana sebuah masyarakat yang terpelihara maruahnya.

Kewajiban menutup aurat ke atas wanita tidak boleh diperbahaskan menurut lojik akal semata bahkan perlu dilihat sebagai hak wewenangan Allah SWT dalam menentukan hukum demi memelihara kesejahteraan makhlukNya.

Islam menjadikan wanita itu indah pada pandangan lelaki, perhiasan dunia dan penyejuk mata. Ini berdasarkan beberapa ayat dan Hadis Rasulullah SAW. Lelaki pula dicampakkan rasa cenderung kepada wanita, dalam sesetengah keadaan menempati tempat pertama di hati lelaki berbanding perhiasan dunia yang lain seperti harta, pangkat dan lain-lain. Ini terbukti jika diperhatikan, anak remaja lelaki, dalam usia awal belasan tahun sudah pandai memuja wanita dan menyintai wanita sedang mereka belum merasai kehendak mengumpulkan harta dan merebut pangkat.

Allah SWT, Pencipta, Pemelihara dan Pengurus diri kita dan seluruh alam ini, Dia Maha Bijaksana, Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya, menetapkan hukum menutup aurat ke atas wanita sesuai dengan fitrahnya yang halus, suci, pemalu dan indah, di samping di sana ada segolongan hambaNya yang lelaki yang sangat mengidamkan wanita, semua ini demi memelihara kesucian masyarakat dari perkara-perkara yang boleh membawa kepada maksiat yang besar atau kecil seperti pergaulan bebas dan kemuncaknya ialah zina.

Allah SWT melalui ayat-ayat sucinya dan Hadis-hadis Rasulullah SAW telah menggariskan beberapa asas dalam menyempurnakan kewajiban menutup aurat .

Di sini, saya turunkan beberapa syarat asas dalam menutup aurat seperti yang dikehendaki syara’:

1) Seluruh tubuh adalah aurat:
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki adalah aurat yang wajib ditutup, kecuali wajah dan dua telapak tangan (termasuk belakang tangannya). Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [AQ: An-Nur (24):31].
Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah “wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa”, maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal. 316].
Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66].

Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan.

Selain itu di sana ada syarat bagi tudung wanita, firman Allah (bermaksud)
“Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [ Al-Ahzab (33):59].
Oleh sebab Al-Quran adalah berbahasa Arab, dan perkataan “jilbab” itu adalah perkataan Arab, maka kita hendaklah memahami apakah yang dimaksudkan “jilbab” di dalam bahasa Arab. Dengan kata lain, kita hendaklah memahami dan mengikuti apakah yang orang Arab faham bila disebut jilbab. Maka inilah pakaian yang diperintahkan oleh Allah kepada perempuan. Di samping itu, perincian tentang pakaian ini telah pun dijelaskan di dalam banyak hadis sahih yang wajib diikuti oleh setiap orang.

Jadi, apakah makna jilbab itu? Selain dari melihat sendiri kepada nas-nas hadis tentang pakaian yang dipakai Muslimah semasa zaman Rasulullah, kita juga boleh merujuk kepada banyak kamus Arab untuk mengetahui makna “jilbab”. Dalam kitab Al-Mu’jam Al-Wasith karya Dr. Ibrahim Anis [Kaherah: Darul Maarif ms 128], jilbab diertikan sebagai ats-tsaubul musytamil ala al-jasadi kullihi (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau ma fauqa ats-tsiyab kal milhafah (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah (seperti jubah), atau al-mula’ah asy-tamilu biha al-mar’ah (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita).

Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan pakaian yang satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah ke bawah, yakni hingga ke mata kaki. Maksud milhafah/mula’ah (Arab) adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar [di dalamnya masih ada pakaian dalam (pakaian rumah) atau pakaian sehari-hari tetapi bukan hanya coli dan seluar dalam] lalu diulurkan ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya. Untuk pakaian atas, wanita disyariatkan/diwajibkan memakai “khimar” iaitu tudung atau apa sahaja bahan/kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang leher baju di dada.

Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,
“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31].
Pakaian jenis ini (jilbab dan khimar) wajib dipakai oleh seorang Muslimah (yang telah baligh) apabila hendak keluar menuju ke pasar-pasar atau berjalan melalui jalanan umum. Setelah memakai kedua jenis pakaian ini (jilbab dan khimar) maka barulah dibolehkan baginya keluar dari rumahnya tanpa sebarang dosa. Jika tidak, maka dia tidak boleh (haram) keluar dari rumah kerana perintah yang menyangkut kedua jenis pakaian ini datang dalam bentuk yang umum, dan tetap dalam keumumannya dalam semua keadaan. Mana-mana wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah mereka dan layak mendapat seksa Allah di akhirat nanti.

Berdasarkan huraian ini,tudung pendek yang sering dipakai wanita hari ini,yg melekat pada badan,tidak menutupi dadanya adalah tidak memenuhi syarat bertudung dalam al Quran.

2) Bentuk dan jenis pakaian
Berdasarkan hal ini maka setiap bentuk dan jenis pakaian yang dapat menutupi aurat iaitu yang tidak menampakkan aurat dianggap sebagai penutup bagi aurat secara syar’i, tanpa melihat lagi bentuk, jenis, atau fesyennya.

i) Pakaian hendaklah tebal
Syara’ telah mensyaratkan dalam berpakaian agar pakaian yang dikenakan dapat menutupi kulit. Jadi pakaian wajib dapat menutupi kulit sehingga warna kulitnya tidak diketahui. Jika tidak, maka tidak dikatakan menutup aurat. Oleh kerana itu apabila kain penutup itu tipis/transparent sehingga nampak warna kulitnya dan dapat diketahui sama ada kulitnya berwarna merah atau coklat, maka kain penutup seperti ini tidak boleh dijadikan penutup aurat dan haram hukum memakainya.

Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada Dahiyah Al-Albi dan Rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.

Suatu hari rasulullah s.a.w bertanyakan Usamah : “Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?” Usamah menjawab :” Saya telah berikan kepada isteri saya”. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda kepada Usamah :” Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak dialas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)”.

ii) Tidak terlalu licin dan lembut
Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.

iii) Tidak berwangi-wangian pada pakaian dan badan.
Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina”.

iv) Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.
Ini bermaksud fesyen yg tidak menyerupai lelaki, seperti wanita berkemeja dan berseluar panjang sehingga orang menyangka itu adalah lelaki, maka hukumnya haram.

v) Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.
Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita.


*panduan sebagai mukminat yang solehah

Part 7 #Penghijrahan seorang hamba Allah sebagai pedoman untuk kita dan pengajaran dalam melayari alam dunia ini

Bismillahirrahmanirrahim. 
Hamba Allah ini punya nama, namun biarlah ia menjadi rahsia antara dia dan DIA. Andai dirimu mengenali dia, tidak mengapa. Ini kisah penghijrahannya. Kisah yang penuh dengan ranjau dan duri berbisa. Semoga sama-sama beroleh manfaatnya. 

Dulu dirinya sopan. Malu itulah perisai dirinya. Namun, lantaran dia tidak betah dengan godaan dunia, akhirnya dia tewas. Tewas dalam arus yang menghanyutkan. Hampir sahaja dia lemas. Ya. Hampir. Dia sebenarnya tahu hukum hakam agama. Dia faham. Dia arif. Namun, demi keseronokan yang sementara, dia sanggup membutakan matanya, Mentulikan telinganya dari segala hukum agama. Berkali-kali dinasihatkan, namun dia buat tidak endah. Berapa ramai yang cuba menegurnya. Berapa ramai yang cuba menasihatinya. Namun, apa yang mereka dapat? Hanya jelingan maut dan kata-kata yang kesat. 

Sehinggalah suatu saat, sedang dia leka dengan keseronokan dunia yang sementara, Allah mengujinya. Dia jatuh sakit. Sakit yang berpanjangan. Sakit yang tiada berkesudahan. Berulang-alik ke hospital mencari penawar. Apa yang dia peroleh? Tiada apa. Malah, doktor juga hampir berputus asa. Penyakitnya tidak dapat diketahui puncanya. 

Bukan itu sahaja. Dia juga diuji dengan fitnah yang mendatang. Fitnah yang disebarkan hingga akhirnya dia akui keagungan dan kekuasaan Al-Rahman. Dia akui dia tewas. Dia akui dia lemah. Di mana kawan-kawannya yang mengatakan mereka begitu setia dengannya dahulu? Di mana? Tidak ada! Bahkan yang dikatakan 'kawan' itulah yang mengkhianatinya. Dia tidak punya sesiapa waktu itu. Mujur sahaja ibu bapanya ada bersamanya. Waktu itu, dia merasakan dia begitu berdosa terhadap orang tuanya. Mana tidaknya? Dek kerana 'kawan', dia menjadi kurang ajar terhadap orang tuanya. Sanggup membelakangkan nasihat orang tuanya demi kawan yang menjadi penemannya. 

Waktu itu, dia cuba mengenali siapa Rabb nya. Ibu ayahnya tidak pernah berhenti daripada memberikan sokongan padanya. Dia akur pada kebesaran Ilahi. Dia tahu apa maknanya cinta sejati. Saat dia hampir mati, tiba-tiba Tuhan memberi nyawanya kembali. Sungguh! Dia bersyukur pada Ilahi! Bagaimana tidak? Saat kematian menghampiri, Allah memberikannya peluang untuk kembali bernafas di bumi! Waktu itu, dia berjanji. Tidak akan mempersiakan 'peluang kedua' yang diperoleh dari Rabbi. Namun, lumrah manusia. Janji hanya tinggal janji. Dia tidak pernah cuba untuk menepati.

Saat 'kawan-kawannya' kembali di sisi, dia alpa lagi. Dia leka lagi. Dia tewas lagi. Kali ini, dia cuba untuk bercinta. Ya. Bercinta dengan manusia yang cintanya tidak pasti. Sungguh. Waktu itu indah sekali. Bermesej. Ungkap kata-kata cinta. Terasa bahagia. Sering tersenyum. Ke mana-mana handphone setia di sisi. Dia solat. Dia baca Al-Quran. Namun, dia tidak bersedia untuk meninggalkan. Meninggalkan apa yang dia akui haram di sisi Islam. Ya. Dia tahu, hakikatnya 'couple' itu haram. Dia tahu, walaupun dia sering nasihat-menasihati bab agama, ia tetap salah! Mana ada istilah 'couple islamic'! Semua itu sebenarnya karut! Namun, imannya menidakkan! Nafsunya mengiyakan! Apa yang haram di halalkan! Waktu itu dia tidak kisah semua itu! Yang dia tahu, dia sayang lelaki itu. Sangat sayang. 

Kerana dia sedar, lelaki itu terlalu baik untuknya. Namun, hidayah Allah itu terus-terusan menyapa. Makin lama dia 'bercouple' makin dia rasakan, ada sesuatu yang tidak kena. Bagai ada sesuatu yang mencengkam hati dan jiwanya. Bagai ada sesuatu yang merotan qalbu dan atmanya. Dia tahu itu dosa! Dia tahu! Namun, dia tetap cuba membutakan matanya! Mentulikan telinganya! Arghhh! Dia tidak peduli semua itu! Tapi, Allah itu tetap sayangkan dirinya. Cinta-NYA terus-terusan menyapa hingga dirinya akur. Dia tidak mampu menolak cinta Ilahi yang mampir dalam hati dan jiwanya. Cinta Ilahi terus-terusan mengasaknya hingga dia tersungkur di sejadah cinta. Ya. Benar. Dia memang sayangkan lelaki itu. Namun, dia lagi sayangkan agamanya. Maruahnya. Rasulnya. Keluarganya. Dan yang lebih utama Illah nya. Dia sedar, dia tidak mampu menolak lamaran Tuhannya. Lamarannya begitu telus. Begitu tulus hingga dia terbuai-buai dalam dakapan cinta-NYA. Demi cinta-NYA pada Ilahi, dia sanggup melepaskan si lelaki itu pergi. Biarlah. Memang. Sakit hatinya saat perpisahan itu berlaku. Bagai disiat-siat dengan sesuatu. Sesuatu yang amat tajam, hingga hatinya dirobek dengan kejam. Namun, dia cuba. Cuba untuk mendamaikan hatinya dengan pujukan-pujukan dari-NYA. Berkali-kali dia tersungkur rebah. Berkali-kali dia luka berdarah. Hingga dia akhirnya lemah dan menyerah. Namun, Tuhannya memujuknya dengan kalimah ; La tai'ssu min rowhillah!

Lantas dia sedar! Dia punya Allah! Terus-terusan dia memujuk hatinya. Sudah banyak mana airmata yang mengalir di pipinya. Dia lemah. Sungguh lemah. Hingga akhirnya dia kembali sakit. Ibu ayahnya menangis dek melihat dirinya yang terlantar kesakitan. Sudah banyak mana doktor yang dicari, namun tiada penawar yang ditemui. Pelajarannya juga merosot sama sekali. Dia menangis sendiri dek melihat airmata ibu ayahnya berjuraian lagi. Dia cuba bangkit. Bangkit daripada terus menjadi hamba kepada cinta yang tidak pasti! Arghh! Kekecewaan ini perlu diubati! Andai rebah kerana cinta manusia, bangkitlah demi cinta Allah! Terkadang, cinta manusia itu menyakitkan! Namun, cinta Allah itu tidak pernah mengecewakan, malah mengasyikkan. Sedikit demi sedikit, dia cuba untuk bangkit berdiri. Mula-mula dia tersungkur lagi. Namun Allah itu Maha Mengasihi dan Maha Menyayangi. DIA membantunya untuk berdiri. 

Didakap dirinya dalam cinta-NYA. Dibelai jiwanya dengan ayat-ayat cinta-NYA. Diusap dirinya dengan pujukan-pujukan dari-NYA. Akhirnya dia harus akui. Cinta-NYA memang mengasyikkan. Perlahan-lahan, dia menerima hidayah dan cinta Ilahi dengan dada yang lapang. Dia cuba mencari. Mencari dirinya yang telah lama hilang. Akhirnya dia bermuhasabah diri. Untuk apa sebenarnya dia diciptakan di bumi ini? Apa tanggungjawabnya di sini? Mengapa dia diberikan ujian yang tidak pernah berkesudahan dan tidak pernah menyepi? Akhirnya dia temui jawapan. Jawapan yang sangat pasti dari DIA Sang Ilahi.

''Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku..''-(Adz Dzriyat;56)

Firman Allah SWT:
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَة[3]ً
Maksudnya:
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".

Firman Allah SWT dalam ayat yang lain:

وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلاَئِفَ الأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِّيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ الْعِقَابِ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ[4]
Maksudnya:
Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

"Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." ( al-Ankabut: 2 - 3)

Mengalir airmatanya tatkala pujukan demi pujukan Ilahi meyapa dirinya. Betapa berdosanya dia selama ini. Betapa alpanya dirinya selama ini. Betapa jahilnya dirinya selama ini. Akhirnya dia sedar. Kali ini dia nekad! Dia tidak mahu kembali ke masa lalu! Dengan kalimah Allah S.W.T, dia melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Melangkah dan terus melangkah. Kadangkala, langkahnya hampir tersungkur jua dek ujian yang terus-terusan melanda dan menguji keimanan serta cintanya terhadap Tuhannya. Namun, demi meraih cinta-NYA dia rela! Dia rela menempuhi segala mehnah ujian yang penuh ranjau dan onak berduri. Dia memujuk hatinya dengan cinta Ilahi. Tidak mahu dia akui tewas. Biar menggunung badai menghempas. Tidak mahu dia terus-terusan menangis. Lantaran pujukan-NYA terlalu manis.

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman."-(Ali-Imran;139)

Langkah demi langkah cuba dia atur. Berkali-kali dia tersungkur. Langkahnya juga tempang. Namun, dia cuba untuk tidak mengalah demi meraih cinta Al-Rahman! Kini dari seorang yang jahil, dia cuba mencari ilmu hanya kerana-NYA. Dia cuba mencari DIA melalui ayat-ayat cinta-NYA. Apa? Itulah dia Al-Quran Nul-Karim. 

Dia kini bercita-cita untuk mejadi Hamilatul Quran. Dia sedar. Amanah itu payah. Susah. Nama pun amanah. Amanah apa yang tidak susah? Amanah apa yang tidak payah? Namun, demi meraih cinta-NYA, apa pun sanggup dihadapinya. Kini, daripada seorang perempuan, dia cuba untuk menjadi muslimah. Kalau dahulu, bajunya ketat, kini dia longgarkan demi syariat. Kalau dahulu tudungnya singkat, kini dia cuba untuk berniqab. Kalau dahulu, dia selalu keluar rumah tanpa arah, kini hidupnya hanya sujud kepada Allah. Dia tidak punya apa-apa lagi. Segala-galanya sudah dia tinggalkan. Hidupnya dulu penuh kepalsuan. Penuh dengan lakonan. Penuh dengan sandiwara yang tiada berkesudahan. Namun, setelah lamaran cinta-NYA dia terima, Subhanallah, hanya DIA Yang Maha Mengetahui betapa dirinya bersyukur dan sujud pada Ilahi. 

Indah saat cinta-NYA menyapa diri. Dia tidak perlukan cinta manusiawi. Cukuplah cinta-NYA yang sudah subur dalam diri. Kalau dulu airmatanya jatuh kerana cinta yang tidak pasti, kini airmatanya jatuh kerana dia menginsafi diri. Kalau dulu dirinya memikirkan jodoh yang akan ke mari, kini dirinya resah memikirkan kematian yang semakin menghampiri. Kalau dahulu dia tidak ambil peduli tentang dosa yang membelenggu diri, kini dia menangis di sejadah demi meraih keampunan Ilahi. Cukuplah! Dia sudah tidak mahu hidup jauh dari-NYA. Dia sudah tidak mahu bergelumang dengan dosa. Dosanya yang dulu sudah cukup banyak! Tidak tertanggung rasanya. 

Dia sedar kini. Dia akan mati. Dunia itu hanya persinggahan. Yang kekal abadi hanyalah Hari Kemudian. Ya. Dia akan mati dan akan dibangkitkan. Dia akan dihisab dan diberi ganjaran. Ke mana akhirnya arah tujuannya? Syurga? Atau neraka? Dia tidak tahu. Sungguh dia tidak tahu. Yang dia tahu kini dia hanya mampu mengemis secebis kasih dari Ilahi. Dia hanya mampu sujud dan menangis di sejadah cinta Al-Rahim. Dia hanya mampu berdoa agar dia istiqomah dalam perjuangan ini. Perjuangan dalam menentang nafsu dalam dunia yang penuh lakonan dan ranjau berduri. Andai goyah imannya, maka lemaslah dia dalam dakapan dunia. Andai dia berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah -NYA, Insya-Allah dia akan selamat.
Dia perlu dibimbing. Dan bimbingan yang hakiki adalah DIA, Rabbi.

Cuba renung dalam diri. Apakah dirimu sudah cukup bersedia untuk mati? Apakah dirimu sudah cukup mencintai Ilahi? Aku tahu. Sakit rasanya berpisah dengan kekasih. Namun, yakinlah. Lagi sakit sekiranya cinta-NYA tidak kau peroleh. Yang mana satu pilihanmu? Mahu kehilangan dia atau mahu kehilangan DIA?
Mahu tinggalkan dunia, atau mahu timbanganmu diakhirat diberatkan-NYA? Tepuk dada. 

Pejamkan mata. Biarkan imanmu berkata-kata. Biarkan kesoleh dan kesolehanmu berbicara. Aku tahu. Cinta itu fitrah. Dunia itu indah. Tapi, yakinlah. Cinta-NYA itu juga fitrah. Fitrah yang sangat indah. Dan syurga itu sudah pastinya indah. Sangat indah hingga suatu saat nanti, dirimu akan menyesal di atas apa yang telah kau lakukan. Aku tidak mampu untuk membuat pilihan untukmu. Hanya mampu menyeru dan berdoa. Selebihnya itu hakmu. Biarkan imanmu berbicara. Bisukan nafsumu buat seketika. Aku hanyalah hamba. DIA Yang Maha Kuasa. 

Moga kisah penghijrahan dia, mampu memberikan dirimu sedikit rasa. Rasa untuk mengenali siapa DIA Yang Maha Berkuasa. Semoga aku, kamu, dia dan mereka sentiasa dalam rahmat dan cinta-NYA. 

Jika cinta-NYA menyapa, aku mohon, jangan menolak lamaran-NYA. Kerana sesungguhnya begitu indah berada dalam pelukan cinta-NYA.

Part 6#KAWAN

N for N.A.N.N.A.S.H.A.Z.H.A.N.A



Assalamualaikum semua. Macam mana hari pertama di awal 2013 ni?

Ada sedikit perubahan ke tak dari sebelumnya?Jika ada, Alhamdulillah, jika masih mencari, cari la keredhaan Ilahi.


One stop centre pulak dah. Sepatutnya nanna perlu  update pasal kawan. Haa. Tell me, sape yang xda kawan? Msti semua ada kan? Sbb Allah s.w.t sentiasa menolong hambaNya tatkala senang mahupun susah. 

Sebab tu kawan ialah peneman kita dikala susah mahupun senang.

Jangan pernah benci dkt kawan awak tu even dia teruk sejauh mana pun, seteruk teruk dia, mungkin Allah s.w.t bagi sedikit ruang kebaikan dlm hidup dia. Suatu hari nanti,msti dia akan insaf juga. Jangan risau. Sama sama la kita berdoa untuknya.


Kita pun bukannya seperfect mana pun. Tak lari dari kesilapan. Walau gurauan kecil, mungkin ada yang terasa hati. Tp mcm mana nak mintak maaf?


Tak susah untuk kita minta maaf dari seseorang. Walaupun itu bukan silap kita tp nanna sentiasa ingat satu ayat ni.


“Minta maaflah dgn orang walaupun bukan kesilapan daripada diri kita agar si dia tahu akan kesilapannya tatkala itu” wallahu alam.

Tak susah kan? Selalunya nanna akan belanja kawan kawan makan. Walaupun diri sendiri belum kerja, tp duit belanja sebagai student pun takde la bnyak sgt tp nanna ikhlas belanja dorang sbb kita share rezeki kita sama sama dengan mereka. Bru lah berkatJ

Macam mana nak cari kawan baik dunya wal akhirat?

Tak susah kita mencari sebab :


“BILA KITA INGIN BERUBAH, ALLAH S.W.T AKAN HANTARKAN ORANG YANG BAIK BAIK UNTUK BERDAMPING DGN KITA UNTUK MEMBANTU DALAM PERUBAHAN KITA NANTI”

So, think positive la. In shaa Allah kalau bukan waktu sekarang, mungkin suatu hari nanti. Berdoa lah selagi mampu kerana Allah s.w.t maha Mendengar lagi Maha MengetahuiJ

Bagi nanna, berkawan biar berpada pada jangan sampai terpengaruh dgn benda buruk. Yang penting kita pandai jaga diri, jaga iman.

Dekat 20 tahun saya berada diatas muka bumi ini dah sudah 20 tahun juga la saya jumpa bermacam macam perangai kawan kawan sejak kecil hingga sekarang ni.

Walau jauh kita berada, kita mesti akan jumpa juga antara satu sama lain. J

Kadang terasa cemburu tatkala kawan sekolah menengah still contact each other. Tp saya? Saya dah la bnyak berpindah randah. So, banyak juga la sekolah y saya dah pergi. Tapi. Time saya dekat rumah, saya takde kawan baik.. nak tahu kenapa?

Bestfriend saya dekat tmpt lain. So,rumah kami sgt jauh. And dah lama sy tak jumpa kawan sekolah rendah. 

Ye la. Time cuti sem, asyik duduk dekat rumah je. Tp takpe., kita still ada teknologi. And boleh keep contact each other juga tau.

Terima kasih untuk kawan kawan y pernah kenal diri ini. Dulu, saya nakal sgt dkt korang and pd y terasa hati, sy mintak maaf ye.

Kawan tak pernah putus. Dan takkan pernah wujud perkataan “PUTUS KAWAN” kecuali time sekolah rendah time semua merajuk.alahai. comel pula rasanya.


As well as, Ilove all my friends. And to my future friends, hallo!


Ahlan wasahlan ya 2013

N for N.A.N.N.A.S.H.A.Z.H.A.N.A



Ahlan wasahlan ya 2013!

I found hard to leave 2012 but still I need to leave 2012. Feel yahh! 2013-à SHOUT OUT for all my friends till now who still beside with me to through and face all challenging in our life.

Besides, I got more new friends in 2012, I should be thankful for those of them.

Without them, Im nothing in this 2012.
So, what comes next to 2013?

NEW RESOLUTION?
NEW AIM?
NEW MAKEOVER?
NEW WISH?

Since that, I just want to make one wish for my 2013 year.
Im not teenagers anymore since I entered 2013!

I’M 20 years old girl! Ohh . how I need to survive as an adult?how?
1; be matured
2; be thankful
3; be positive thinkers

And mostly is my wish in 2013, I want to be a good mukminat, a good daughter for Mohd Asaari bin Che Musa and also, for Puan Suriati bt Haji DaudJ

So, to my bestfriend, thanks so much because you always advice and told thing I should or shouldn’t did.

To my parents, thanks for always supporting your daughter. Lots love you all and heart you all!

To my friends who stay close or far from me, whenever you guys go, but still remember this one:

“ Allah s.w.t jadikan hamba-hambaNya utk bersyukur. Bersyukur kpdNya tatkala kita susah ataupun kita senang. Jangan jadikan alasan sebagai titik tolak untuk tidak mengerjakan apa yang disuruhNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya”


So. 2013 hope give us more barakah in whatever we do , May Allah bless all of us. Ameen yarabbal alamin.



Lots of love, Nannashazhana