Friday, March 22, 2013

SPM penentu hidup? mungkin tidak.

assalamualaikum. untuk adik adik yang dah ambil result, kak nana ucapkan tahniah utk yang telah berjaya dgn cemerlang. dan utk yang dpt result tak seberapa, jangan sedih sedih okay. in shaa Allah rezeki adik adik ada dkt tempat lain.

SPM? dah dekat 3 tahun tinggalkan spm. dan bagaimana dgn result saya dulu? ish.malas la nak share. xda la banyak sgt. tp alhamdulillah bersyukur. :)

memories time amik spm tahun 2011, sedih jugak la. meh nak cerita sedikit.
Hari nak amik result, takde sape yang nak tlg teman dan hantar p sekolah. maklumlah sekolah dgn rumah dalam 1 jam and that time saya takdapat lesen P lagi. so kalau mama lepas bawak kereta g amik result, mmg seronok la. tp situ kawasan bnyk roadblock. so terpksa tggu my parents habis kerja baru dpt pergi tgok result.

time tu dah pukul 2 ptg. pagi tu member2 semua dah ada dlm dewan tggu result dorang. dorang semua siap call tnya kat mana. *takdapat nak berkongsi kegembiraan dgn kawan2:(

so, abah yang temankn pergi amik dkt office. that time takde org da. so, bila bagi angka giliran semua tu then tgok slip. ALHAMDULILLAH. first yang tgok, BIOLOGY, ADD MATH AND CHEMISTRY. hihi. nak tahu kenapa? sebab itu subject killer. and saya focus time form 5 mati matian study oo . alhamdulillah berbaloi. hihi.

sampai je rumah semua duk nanya dapat berapa. tp cuma ckp cukup makan. and seminggu jugak terperap dlm bilik. ramai yang duk marah2 bagai. tp tu la zaman kemurungan saya. kadang kadang kita takleh nak expect benda mcm ni terjadi. who knows. rezeki masing masing.

part paling tak best, kena pilih course apa yang minat. kalau engineering, abah dah rejet awal sbb dia ckp anak dara dia yang ni xleh amik course tu.susah nnti.

so, at last I choose tesl. so more to educators. haa. boleh la mewarisi arwah atuk, mama and sedara yang jadi eductors ni.hihi

tapi, meh sini akak nak pesan utk adik adik yang result rendah atau tak memberangsangkan,
jangan sedih, jangan putus semangat atau apa apa yang boleh memudaratkan org lain.

akak pun pernah mengalami masa murung. tapi kadang2 kita perlukan kekuatan dari keluarga. tapi maybe sebab family pun segan gak kalau result mcm tu, so terpksa menadah telinga sbb result tak berapa lawa.

tapi adik adik kena ingat. spm bukan penentu hidup. ia cuma jalan kemana adik adik akan teruskn perjuangan adik2 utk mencari life adik sendiri.

TAK SEMESTINYA ORG YANG BERJAYA SPM , DIA AKAN BERJAYA SAMPAI BILA BILA
TAK SEMESTINYA ORG YANG FAIL SPM, AKAN FAIL AND LOSER SEHINGGA AKHIRNYA!

ingat. itu cuma PERMULAAN. Permulaan utk adik teruskan hidup.

experience yang akak nak kongsi kat sini ialah berdasarkan kisah benar kawan2 dan junior2 kakak sebelum ni.semoga dijadikan iktibar utk kita semua.

ramai kawan2 akak teruk sgt result spm dia. so, terpksa move on to matriks. sebab kalau nak masuk asasi mmg xlepas. so, dorang pun masuk la matriks.

bila dah tahun akhir dlm matrik, akhirnya dorang score pointer 3.5 above! haa. dulu spm dpt 3,4A tapi akhirnya dorang berjaya lawan budak2 yang result 7A,8A . see!

2;senior akak ;
-Dulu time spm dia mmg top dpt 8A spm. so dpt offer pergi Mesir utk medic. so pungpangpungpang tahun akhir, last2 failed paper. itu wallahualam la kenapa boleh failed. mungkin dia main main kat sana atau result dia gempak time spm sbb meniru, sebab disuap oleh guru tuisyen atau soalan bocor. nth la. so skrg terpksa balik MALAYSIA buat foundation semula tp result spm y dia guna. Jpa yang offer scholarship kat dia dulu dkt mesir terpksa dia bayar balik. HAA. kesian dia. rugi 4 tahun. sia sia duk sana.

3; Junior ;
-Time junior ni dt result . dia text bgtau dpt 4A je. and itu semua yang teras. so dia tanya opinion akak whether perlu ke matrik atau amik diploma je. so, bila akak bagi suggestion. dia at last choose diploma. mula mula dia segan sebab kawan2 dia yang lain belajar dkt matrik. tapi I said belajar mana2 pun sama. and at last dia text, dia ckp "TERIMA KASIH KAK NANA SBB BAGI NASIHAT SURUH SAMBUNG DIP. SEKARANG DAH JADI TITLE DEAN LIST STUDENT".
so, nampak tak? eventhough belajar dip, tp jgn sangka dorang lagi bijak dari budak matrik and asasi.

so, untuk adik2 akak harap pilih la course yang terbaik. tapi selalunya parents nak anak2 amik itu amik ini la.even dorang semua xsuka terpksa ikut kehendak parent. ini yang SALAH!
Jngan paksa anak2.
suruh diorang pilih apa yang minat diorang.
nanti at last, pointer kecundang life nth kemana. INGT TU!

*Istikharah la jika ada banyak pilihan. semoga adik adik dpt pilih tempat yang terbaik utk masa depan adik2.

-sekadar berkongsi pengalaman utk adik adik tersayang:)

WRAP . for this week.

Assalamualaikum semua. ya Allah . rasanya dah lama xupdate belog. haa. korang mesti rindu dekat nana kan? hikhik* perasan pulak saya ni:(

maaf ye sebab dah lama tak menjenguk . dah berhabuk dah. *meh sini nak lap.

After cuti mid sem ari tu busy sgt. dgn assignment, and so on katakan. What a relief bila dah ari khamis petang,lega sikit sbb hari jumaat takde class. so, boleh la nak cover tido dan rehat yang tak cukup. tapi. drama practice pulak tiap2 malam.. boleh dikatakan semua kami ni dah jadi ALIEN. maklum lah tido tak cukup. kelas pulak pagi buta. haa. ternganga la jawabnya kan?

Tapi alhamdulillah, siapkn sedikit sedikit. in shaa Allah lama2 siap. doa doakan nana ye. :)

sekarang ni kalau nk update belog pun kena curi masa. mmg bnyk story nak dicerita kat sini. tapi let me tell u one by one. hikhik. disebabkan sekarang sudah 3.04 AM waktu MALAYSIA. diulang, 3.04 pagi waktu malaysia, sepatutnya saya dah tido.tp disebabkan gedik sgt minum nescafe, tu yang tak ngantuk..zzzz

haa. Minggu ni.seriously isnin malam, terus balik mcm nak pengsan. adoi. itu baru sehari tau. teringin nak pergi PULAU dan jerit KUAT KUAT! stgheess mungkin? nak ke pulau tu macam kena mencari bilakah masa yang sesuai:(

So, about drama pulak, biasala .mls nak cerita banyak2.tp tggl 4 weeks more. so, ticket in shaa allah akan dijual nanti. jemput dtg ye ke MPAJ.tp kena beli tiket tau..hihi

*semalam tak sempat nk publish sbb laptop tetiba mati. so, ini post yang semalam. sorry:)